Antarabangsa

Pendatang Israel Adakan Perarakan LGBTQ Pula

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEL AVIV, 04 Jun 2022 – Perarakan tahunan LGBTQ ‘Jerusalem Pride’ yang ke-20 telah diadakan di Palestin dengan disertai oleh kira-kira 10,000 orang pada Khamis lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Rumah Terbuka Jerusalem untuk Kebanggaan dan Toleransi, Alon Shachar yang menganjurkan acara itu berkata, tiada apa yang perlu dimalukan dari perarakan hubungan songsang itu.

“Sudah bertahun-tahun kami memperjuangkan hak untuk berarak demi keadilan dan meraikan kewujudan semua (termasuk golongan LGBTQ),” ujarnya.

Sehari sebelum perarakan itu, polis Israel melaporkan bahawa pihak penganjur perarakan telah menerima sebuah ancaman bunuh dari seorang lelaki melalui media sosial.

Mesej ugutan bunuh mengandungi amaran bahawa kejadian ‘Shira Banki’ akan berulang sekiranya perarakan itu diadakan.

Berikutan ancaman itu, Yang di-Pertua Knesset Mickey Levy memutuskan untuk mengambil bahagian dalam perarakan itu untuk kali pertamanya.

“Orang LGBTQ adalah warganegara yang sama dan berhak mendapat hak yang sama. Adalah hak mereka untuk menyayangi sesiapa sahaja yang mereka mahu, berkahwin dengan sesiapa yang mereka cintai, dan membina keluarga seperti orang lain.”

Semasa perarakan, polis Israel berjaya menahan dua suspek yang menuju ke perarakan tersebut sambil membawa gas pemedih mata, sarung tangan dan belantan untuk disoal siasat.

Meskipun perarakan tersebut disertai oleh ribuan orang, namun telah lama menjadi fokus ketegangan antara sekular Israel dan Yahudi ultra-Ortodoks yang lebih konservatif.

Bagi Yahudi ultra-Ortodoks, amalan LGBTQ ini terpesong dari ajaran agama mereka dan cenderung kepada kekejian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: