Antarabangsa

Elon Musk Bos Twitter, Kumpulan LGBT Rasa Terancam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 01 November 2022 – Setelah beberapa hari mendapat pemilikan Twitter, Elon Musk kini menzahirkan penolakannya kepada pandangan-pandangan yang bersifat mesra LGBTQ, beserta penolakannya terhadap beberapa perkara lain yang cenderung ke arah pemikiran kiri.

Sebelum ini, Clinton pernah membuat satu ciapan dalam mengutuk tindakan kumpulan Republikan dalam memberi sokongan terhadap apa yang disifatkan oleh Clinton sebagai “menyebarkan kebencian dan teori konspirasi teori yang gila”. Menurut Clinton,

“Ini adalah suatu yang mengejutkan, tapi ianya bukanlah sesuatu yang memeranjatkan, dan hasilnya adalah keganasan”.

Ciapan Clinton itu adalah merujuk kepada sebuah kes di mana suami Speaker Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi telah diserang dengan tukul oleh seorang penceroboh yang di rumah beliau. Penyerang tersebut adalah seorang yang sering berkongsi pendapat beliau yang bersifat anti Yahudi, kebencian terhadap golongan pondan dan transgender dan beberapa hal lain.

Musk telah membuat ciapan balas terhadap kenyataan Clinton itu dengan menulis bahawa “apa yang berlaku itu tidaklah semudah seperti yang dilihat”, sambil berkongsi sebuah berita bertajuk “The Awful Truth: Paul Pelosi Was Drunk Again, And In a Dispute With a Male Prostitute Early Friday Morning”.

Musk kini diwar-warkan oleh media sebagai pengikut konspirasi jalur kanan dan perkara ini dikatakan mengundang kebimbangan terutamanya dari golongan yang berhaluan jalur kiri.

Pada minggu lalu, Musk juga telah membalas baik ciapan daripada anak perempuan Jordan Peterson, yang meminta penggantungan akaun bapanya di Twitter ditarik semula berikutan sebelum ini Jordan pernah menyifatkan doktor yang membuat pembedahan penukaran jantina Elliott Page sebagai “doktor penjenayah”.

Sebelum memiliki Twitter, Musk pernah membuat kenyataan bahawa beliau akan menjadikan Twitter sebagai sebuah medan terbuka bagi golongan anti Yahudi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: