Tempatan

Mossy Forest Ditutup Sementara Waktu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 18 Julai 2023 – Taman Eko Rimba (TER) Mossy Forest dan Gunur Irau ditutup sementara selama seminggu bermula Khamis ini berikutan kerja membaiki cerun jalan masuk ke Gunung Brinchang dan Sungai Palas, Cameron Highlands.

Penolong Pengarah Kanan (Hutan Lipur) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Regina Mariah Jong berkata, keputusan penutupan sementara TER Mossy Forest dan Gunung Irau itu diputuskan demi keselamatan orang ramai.

BACA JUGA: Kuliah UAI Dibatalkan: JAWI Beri Penjelasan

BACA JUGA: Dakwa Salah Laku Perdana Menteri, Idris Ahmad Sokong Cadangan Perundangan Wan Junaidi

BACA JUGA: PRN: MAIDAM Larang Tampal Poster Politik Di Masjid, Surau

“Jumlah pelancong tempatan dan luar negara ke TER Mossy Forest dan Gunung Irau kini semakin bertambah, mereka datang ke dua tempat berkenaan setiap hari dan jumlahnya bertambah pada hujung minggu dan cuti sekolah.”

Menurutnya, pemandu pelancong atau malim gunung termasuk penyedia kemudahan kenderaan ke kawasan terbabit telah dimaklumkan bagi memastikan mereka tidak menerima tempahan daripada pelancong yang ingin ke dua tempat terbabit.

TER Mossy Forest terkenal dengan hutan lumut dan pemandangan menarik serta persekitaran yang sejuk.

Jelasnya, JNPN telah membelanjakan sebanyak RM450,000 bagi menaik taraf tempat berkenaan menjadi antara produk pelancongan terkenal di tanah tinggi itu

Selain itu, peruntukan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan (KWPH) turut digunakan bagi tujuan berkenaan sebagai usaha memberi lebih keselesaan kepada pelancong.

Kerja-kerja membaiki cerun jalan ke TER Mossy Forest dan Gunung Irau itu dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Cameron Highlands.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: