Tempatan

Kuliah UAI Dibatalkan: JAWI Beri Penjelasan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2023 – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memaklumkan bahawa pihak mereka telah memaklumkan bahawa program kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Saidina Othman Ibnu Affan Bandar Tun Razak ditangguhkan, bukan dibatalkan.

Menerusi satu kenyataan JAWI berkata, “Jabatan ini dimaklumkan bahawa pihak masjid telah membuat pemakluman penangguhan undangan kepada pihak penceramah lebih awal bagi proses penyusunan semula jadual pengkuliahan melibatkan penceramah dan tenaga pengajar mengambil kira beberapa acara utama. Justeru isu pembatalan adalah tidak berbangkit sama sekali.”

BACA JUGA: Dakwa Salah Laku Perdana Menteri, Idris Ahmad Sokong Cadangan Perundangan Wan Junaidi

BACA JUGA: PRN: MAIDAM Larang Tampal Poster Politik Di Masjid, Surau

BACA JUGA: Kompleks Baru Pasar Payang Mula Operasi Akhir Tahun Ini

Jelas JAWI, pihak mereka komited untuk memastikan institusi masjid dan surau terus berperanan sebagai pengkalan ibadah, pusat ilmu dan penyatuan masyarakat berdasarkan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019, dan Garis Panduan Program Pengajian Serta Pengimarahan Masjid dan Surau di Wilayah- Wilayah Persekutuan.

Justeru, kami berpandangan agar sebarang isu yang timbul dapat ditangani secara harmoni berlandaskan semangat persaudaraan antara semua pihak.

Terdahulu, laman Instagram rasmi Ustaz Azhar Idrus, uaioriginal memaklumkan bahawa kuliah Maghrib Perdana Ustaz Azhar Idrus yang dijadualkan di Kuala Lumpur pada 16 Julai 2023 terpaksa dibatalkan atas arahan pihak tertentu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: