Tempatan

PRN: MAIDAM Larang Tampal Poster Politik Di Masjid, Surau

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA TERENGGANU, 18 Julai 2023 – Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, pengurusan masjid dan surau di Terengganu digesa untuk memastikan tiada program berunsur politik termasuklah menampal poster berkaitan politik di mana-mana masjid mahupun surau.

Menurut Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail, larangan tersebut telah pun mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 09 Julai lalu.

Jelas beliau, ia adalah bagi memastikan masjid serta surau di negeri itu bebas daripada dijadikan tempat kegiatan politik kepartian.

BACA JUGA: Pencerobohan Haram Tanah Raub Menjadi-Jadi, Orang Kampung Bakal Melopong

BACA JUGA: Pemanasan Global: Cuaca Malaysia Bercelaru

BACA JUGA: Rampasan Jam Tangan ‘LGBT’: Swatch Fail Saman Pada Malaysia

“Tak perlu buat markas politik di tepi atau berhampiran masjid dan surau… jangan tampal poster di masjid malas pagar masjid pun tak boleh (tampal).”

Berkata dalam kenyataan yang sama, beliau menyeru semua pihak untuk mematuhi arahan ditetapkan demi menjaga keharmonian dan kemuliaan masjid di samping menjaga perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dan Sumbangan Lembu oleh McDonald’s Malaysia kepada asnaf zakat negeri Terengganu di Kompleks Seri Iman, semalam.

Sebelum ini, Terengganu menguatkuasakan larangan ke atas sebarang aktiviti membabitkan kempen pilihan raya atau program yang berunsurkan politik di mana-mana masjid mahupun surau di negeri tersebut menjelang PRN.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: