Tempatan

Bekalan Sayur Tanah Tinggi Dijangka Berkurangan Hingga 15%

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CAMERON HIGHLANDS, 07 Mac 2023 – Pengeluaran sayur dari kawasan tanah tinggi dijangka akan berkurangan antara 10 hingga 15 peratus dalam masa terdekat berikutan cuaca sejuk yang melanda baru-baru ini.

Setiausaha Pertubuhan Pekebun-Pekebun Sayur-Sayuran Cameron Highlands, Chay Yee Mong berkata hujan berterusan sejak dua minggu telah menyebabkan suhu di situ mencecah paras serendah 12 darjah celsius.

“Cuaca sejuk yang berlaku ketika ini di sini agak pelik, saya boleh katakan ini disebabkan perubahan cuaca yang ekstrem kerana suhu jatuh sehingga 12 hingga 13 darjah celsius.”

BACA JUGA: Banjir Jejaskan Hasil Padi

BACA JUGA: JAKIM Tak Campur Urusan Tauliah Ceramah Agama

BACA JUGA: Isu Kualiti Makanan Mangsa Banjir, KPWKM Beri Teguran

“Sedangkan biasanya pada bulan Mac cuaca panas. Suhu paling rendah yang pernah direkodkan di tanah tinggi ini ialah pada hujung tahun iaitu pada Disember ketika musim hujan iaitu antara 13 hingga 15 darjah celcius tetapi ketika ini suhunya serendah 12 darjah celsius.”

Susulan itu, penghasilan sayur di tanah tinggi itu sedikit terjejas apabila sayur yang ditanam terutama jenis kekacang lambat matang.

“Suhu rendah serta hujan renyai yang masih dialami di sini ketika ini menyebabkan proses untuk sayur mencapai tempoh matang sebelum dikutip terjejas.”

“Sayur berbunga tetapi buahnya akan gugur disebabkan cuaca sejuk atau hujan.”

“Keadaan ini menyebabkan penghasilan sayur berkurangan, sebagai contoh biasanya pekebun boleh mengeluarkan hasil tanaman untuk dijual sebanyak tiga atau empat kali seminggu tetapi sekarang mungkin dua kali seminggu selain kualitinya berkurangan.”

Katanya, hampir semua jenis sayur seperti cili, kobis, kangkung terjejas penghasilannya kerana tempoh matang mengambil masa yang lama berbanding sewaktu cuaca panas.

Keadaan ini sekali gus menjangkakan kenaikan harga sayur, memandangkan Johor penyumbang satu pertiga pengeluaran sayur negara turut terjejas akibat banjir.

“Banyak kebun sayur di negeri itu yang bukan sahaja musnah hasil tanaman tetapi juga infrastruktur seperti kebun, peralatan berkebun, sistem pengairan, jalan rosak.”

“Keadaan ini sudah tentu akan mengambil masa untuk pekebun dapat mengusahakan tanaman mereka seperti sebelum ini.”

“Kami pekebun sayur agak bimbang dengan keadaan ini dan saya menjangkakan harga sayur mungkin akan naik minggu ini,” katanya.

Terdahulu, hasil padi negara juga dilapor menyusut setiap tahun yang dibimbangi jika berterusan akan menjejaskan bekalan beras negara.

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bunga Raya berkata, perubahan cuaca tidak menentu menjadi salah satu faktor yang menjejaskan pengeluaran hasil padi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: