Tempatan

MBK Belanjakan RM9.5 Juta Tangani Banjir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUANTAN, 08 Disember 2021 – Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB Dato’ Abd Rahim Muda memaklumkan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) membelanjakan sejumlah RM9.5 juta bagi menangani isu banjir kilat di kawasan-kawasan yang terlibat.

Daripada keseluruhan kos tersebut, sebanyak RM25 juta digunakan untuk membaikpulih longkang yang rosak selain membina baharu longkang-longkang bagi mengatasi masalah banjir dan saliran dengan kos sebanyak RM7 juta.

“Usaha membesar dan membaikpulih longkang sedia ada secara berperingkat telah dilaksanakan oleh JKR, MBK dan JPS selain membersih sungai-sungai utama serta tindakan pembersihan Sungai Galing.”

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Semambu, YB Encik Lee Chean Chung pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Pahang Yang Ke-14 Sidang Dewan Negeri (DN) Pahang di Wisma Sri Pahang, semalam.

Tambah Dato’ Abd Rahim, bagi perancangan jangka masa panjang pula, pihak kerajaan negeri berusaha untuk menyediakan kawasan tadahan atau retention pond untuk simpan air, namun ia memerlukan kos yang besar di samping masalah pengambilan tanah atau penyediaan rizab.

Dalam pada itu beliau berkata, kerja-kerja pencucian longkang juga telah dibuat penyelarasan bersama JPS, JKR, YP Maintenance, Roadcare, Alam Flora, SWCorp dan Jabatan Landskap (MBK).

“Kerja kerja pembersihan di lokasi berlaku banjir kilat juga telah dijalankan pada bulan September dan Oktober di mana kerja-kerja bagi kawasan yang belum diserahkan kepada SWCorp adalah menggunakan peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS),” ujar Dato’ Abd Rahim lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: