Tempatan

“Amaran: Ribut Petir Mungkin Langgar Ibu Kota dan Beberapa Negeri”

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISNIN, 30 Mei 2022 – Kuala Lumpur diramalkan akan dilanda ribut petir pada hari Selasa dan Rabu, menurut ramalan cuaca bagi seluruh negara pada 30 Mei 2022 – 1 Jun 2022.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) juga turut memaklumkan dalam hantaran di laman Twitternya bahawa beberapa negeri akan dilanda ribut petir di sebelah petang.

Antara negeri yang diramalkan tersebut adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, W.P. Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor.

Selain itu, negeri-negeri di Pantai Timur diramalkan akan dilanda ribut petir pada sebelah malam juga selain beberapa negeri lain turut terlibat iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Amaran ribut petir turut dijangkakan melanda Sabah iaitu di Sandakan, Kudat, Pantai Barat, Sandakan dan Pedalaman.

Kawasan-kawasan di Sarawak yang terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Baru-baru ini, Kuala Lumpur sekali lagi dilanda banjir kilat selepas hujan lebat turun selama beberapa jam dan menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.

Antara jalan utama yang ditutup sepenuhnya kepada lalu lintas ialah Bulatan Pahang menuju ke Jalan Ipoh dan Jalan Raja Laut ke arah Jalan Ipoh.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: