Tempatan

Liberasasi Visa : Pelancong China Meningkat 238.5%

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Jun 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing menyatakan jumlah kemasukan pelancong dari China naik mendadak setelah Kerajaan memperkenalkan pengecualian visa buat pelancong dari negara itu.

“Jumlah ketibaan pelancong dari negara China bagi tempoh Disember 2023 hingga April 2024 adalah seramai 1,124,160 iaitu peningkatan sebanyak 238.5% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya iaitu seramai 332,144 orang pelancong.”

“Manakala, dari India juga meningkat sebanyak 82.3% iaitu seramai 380,737 bagi tempoh Disember 2023 hingga April 2024 berbanding dengan tempoh yang sama tahun sebelumnya iaitu seramai 208,907 orang pelancong.”

Katanya, peningkatan ini adalah hasil inisiatif kerajaan melalui Jabatan Imigresen Malaysia yang memperkenalkan pengecualian visa selama 30 hari kepada warganegara China dan India yang ingin melancong ke Malaysia menerusi Program Liberalisasi Visa.

“Pelaksanaan program ini telah mendapat sambutan yang positif dari pelancong kedua-dua negara tersebut. Ia dapat dilihat melalui peningkatan jumlah pelancong dari kedua-dua negara semenjak program tersebut dilaksanakan.”

King Sing berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Bera, Dato’ Sri Ismail Sabri yang memintanya menyatakan jumlah kemasukan pelancong dari China dan India selepas Kerajaan memberikan pengecualian visa selama 30 hari kepada pelancong daripada kedua-dua negara tersebut sejak ia diperkenalkan pada 1 Disember 2023 sehingga Jun 2024.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: