Tempatan

Persempadanan Semula Kawasan Parlimen Di Sarawak Masih Dalam Pertimbangan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Jun 2024 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Azalina Othman Said menjelaskan kajian semula persempadanan Negeri Sarawak yang telah berakhir pada tahun 2023 masih dalam pertimbangan.

Menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Baram, Dato Anyi Ngau, beliau berkata pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti kesesuaian untuk melaksanakan urusan tersebut.

Katanya, prinsip-prinsip persempadanan dilakukan berdasarkan peruntukan yang ditetapkan oleh Perlembagaan antaranya, kemudahan diadakan bagi pemilih-pemilih keluar mengundi semasa pilihan raya dan bahagian pilihan raya tidak merentasi sempadan negeri.

Selain itu, mengambil kira kemudahan pentadbiran yang boleh didapati dalam bahagian pilihan raya itu untuk mengadakan jentera yang perlu bagi pendaftaran dan pengundian, serta mengekalkan hubungan masyarakat tempatan.

Dalam persidangan dewan rakyat semalam, Anyi Ngau mengutarakan soalan meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada urusan persempadanan semula kawasan Parlimen di Sarawak akan dibuat dalam masa terdekat dan nyatakan faktor-faktor yang menjadi garis panduan dalam urusan persempadanan semula kawasan Parlimen mahupun kawasan Dewan Undangan Negeri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: