Tempatan

Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Kehakiman Syariah Kebangsaan Bawah MKI

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 17 Februari 2024 – Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Kehakiman Syariah Kebangsaan yang bersifat kekal di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pembetukan jawatankuasa itu berperanan memantau sebarang isu melibatkan Mahkamah Syariah malah sudahpun diperkenan oleh Majlis Raja-Raja.

Jelasnya, “Nama anggota jawatankuasa ini sudah dipersembahkan dan akan dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja yang akan bersidang pada 21 Februari ini. Nama mereka sudah dipersembahkan, saya tak boleh nak umum, namun antara ahlinya ialah semua Ketua Hakim Syariah negeri.”

Ditanya mengenai Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN, menteri itu berkata, jawatankuasa tersebut sudah bersidang sebanyak lapan kali sejak Disember tahun lalu.

Tambah beliau, ia berperanan untuk menyediakan syor selain meneliti secara meluas bagaimana institusi Mahkamah Syariah boleh terus dimartabatkan, dilindungi dan diperkasakan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: