Tempatan

Jangan Ingat Kita Kalah – Dato’ Prof Mahamad Naser Disa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR – “Kita sekarang ini dalam proses nak balik kepada kesopanan dan kesusilaan, kita nak balik kepada kedaulatan undang-undang. Jadi, kita jangan ingat kita kalah. Dalam kes ini, kita jangan ingat kita kalah,” kata Prof Dato’ Mahamad Naser Bin Disa dalam Wacana Khas, Isu Semasa, Bidang Kuasa Hal Ehwal Islam di Malaysia: Persekutuan vs Negeri, “Analisa Kesalahan Liwat DUN Selangor Tidak Sah”, beberapa hari lalu.

Menurut beliau, cabaran-cabaran dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Mahkamah Syariah sudah lama berlaku sejak zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi memerintah.

“Isu berkaitan dengan minum arak, kesalahan berjudi, kesalahan khalwat pun dan semua ini telah dicabar sejak lebih satu dekad yang lalu. Pada masa zaman Pak Lah lagi. Ketika itu, ahli-ahli politik, parti-parti politik, NGO, saya tak nak sebutlah yang diketuai oleh NGO mana, tetapi jelas dalam NGO itu dimasukkan satu memorandum yang membantah moral polisi yang berpunca daripada serbuan yang dibuat oleh penguatkuasa JAWI di Kelab Zouk.”

Prof Dato’ Mahamad Naser berkata, pandangan atau pendekatan yang diambil oleh hakim-hakim Mahkamah Tertinggi boleh memperluaskan pemakaian prinsip perundangan jenayah Syariah di dalam Penal Code.

“Kalau peruntukan 377 identical kepada kesalahan liwat maka ok, boleh pakai, kalau tak elok kita perbaiki lagi.”

Menurut beliau lagi, walaupun kesalahan LGBT terlepas daripada dituduh di Mahkamah Syariah, tetapi kes tersebut boleh disiasat di bawah Mahkamah Sivil.

One thing for sure, Iki jangan fikir bahawa dia boleh terlepas daripada pertuduhan. Maknanya selepas ini kalau dah dia tak boleh dituduh di Mahkamah Syariah, dia masih boleh disiasat dan dituduh di Mahkamah Jenayah Sivil.”

Tambahnya, hukuman jenayah bagi kesalahan seks luar tabii di bawah Mahkamah Sivil lebih berat 10 kali ganda daripada Mahkamah Syariah.

Profesor Undang-Undang Perlembagaan di UniSZA itu juga berkata, kumpulan LGBT masih boleh dituduh di bawah Kanun Keseksaan 377 dan peruntukan undang-undang tersebut diguna pakai kepada semua orang termasuk yang bukan Islam.

“Kalau kumpulan LGBT ini merasakan bahawa dia terlepas daripada kawalan hukuman jenayah Syariah, dia jangan lupa bahawa dia masih boleh kena di bawah 377. So dengan 377 ini, insya Allah bukan takat orang Islam sahaja yang akan kena, yang kata tadi kita tidak berlaku adil kepada orang bukan Islam, orang Cina akan kena, orang India akan kena, orang Siam akan kena, orang Rusia akan kena, Matsaleh ke Negro ke, semua, everybody akan kena di bawah 377.”

Ujar beliau, apa yang mahu dilihat sekarang ini adalah sejauh mana inisiatif pasukan penguatkuasa membendung kegiatan LGBT.

“Cuma sekarang ini kita nak tengok kepada political will lah. Sejauh mana pasukan Polis Diraja Malaysia ataupun pasukan-pasukan penguatkuasa undang-undang yang lain prihatin kepada kegiatan LGBT ini? Kegiatan Gay, kegiatan Lesbian yang berleluasa hari ini? Adakah Polis Diraja Malaysia mempunyai kesungguhan untuk mengambil tindakan terhadap mereka ini? Kita jangan ingat bahawa LGBT ini hanya pondan. LGBT ini Gay.”

Kenyataan ini dibuat dalam perbincangan atas talian mengenai isu Wacana Khas, Isu Semasa, Bidang Kuasa Hal Ehwal Islam di Malaysia: Persekutuan vs Negeri, “Analisa Kesalahan Liwat DUN Selangor Tidak Sah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: