Tempatan

Dakwaan Tuntutan Pewaris Sulu Ancam Keselamatan Negara, Polis Buka Siasatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2023 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan susulan laporan yang diterima berhubung tuntutan daripada pihak yang mendakwa sebagai pewaris Sulu adalah satu ancaman kepada keselamatan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihak polis telah menerima laporan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri terhadap kumpulan penuntut tersebut.

BACA JUGA: Harga Minyak RON95 Dijangka Naik Berperingkat

BACA JUGA: JAGA-JAGA, Malaysia Dijangka Dilanda Jerebu Teruk Bermula Jun

BACA JUGA: KKM Cadang Ambil Jururawat Asing

Katanya, laporan tersebut dibuat susulan daripada tuntutan oleh penuntut-penuntut terbabit melalui notis timbang tara yang diserahkan kepada Kerajaan Malaysia pada 30 Julai 2019.

Tuntutan tersebut melibatkan anggaran melebihi US$32 bilion.

Susulan itu, pihak polis melalui Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 124(K) Kanun Keseksaan iaitu sabotaj.

Beliau yang berkata dalam kenyataan sama justeru memandang serius akan sebarang elemen yang boleh menggugat ketenteraman awam terutamanya perbuatan sabotaj terhadap keselamatan, kedaulatan dan kestabilan negara.

PDRM juga memberi jaminan bahawa siasatan terperinci akan dilaksanakan berhubung perkara tersebut.

Samudera.my sebelum ini melaporkan, satu laporan polis telah dibuat oleh Pengarah BHEUU, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud terhadap penuntut-penuntut yang mendakwa mereka sebagai pewaris Kesultanan Sulu berikutan ia sebuah ancaman kepada negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: