Tempatan

JAGA-JAGA, Malaysia Dijangka Dilanda Jerebu Teruk Bermula Jun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2023 – Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) telah mengeluarkan amaran bahawa Malaysia dan rantau selatan ASEAN bakal dilanda jerebu teruk antara bulan Jun dan Oktober tahun ini.

“Cuaca kering berterusan direkodkan di kebanyakan bahagian di Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan selatan Thailand sejak kebelakangan ini ketika garis hujan monsun bergerak ke utara Khatulistiwa,” kata ASMC ketika pengumuman Amaran Tahap Satu yang menunjukkan permulaan musim kemarau yang dikaitkan dengan Monsun Barat Daya di rantau selatan ASEAN.

Tambah ASMC, dengan kemungkinan tinggi El Nino berlaku dalam beberapa bulan akan datang, musim kemarau dijangka lebih teruk dan berpanjangan berbanding tahun-tahun lalu serta dijangka berlarutan hingga Oktober depan.

BACA JUGA: Harga Minyak RON95 Dijangka Naik Berperingkat Akhir Tahun Ini

BACA JUGA: KKM Cadang Ambil Jururawat Asing

BACA JUGA: Ambil Anak Orang Asli Dari Jagaan Bapa, Mahkamah Arah Pegawai Tunjuk Sebab Khamis Ini

Walau bagaimanapun, menurut pusat itu, pada masa ini kegiatan titik panas di rantau selatan ASEAN masih terkawal, dengan 14 dan 13 titik panas dikesan di kawasan itu masing-masing pada 27 dan 28 Mei.

Samudera.my sebelum ini melaporkan, di Sarawak sahaja, sebanyak 23 titik panas telah dikenal pasti.

“Tahun ini, kira-kira 23 titik panas dikenal pasti di Sarawak sahaja sebagai negeri itu menghadapi cuaca kering yang berpanjangan. Perubahan iklim dan jangkaan kembalinya fenomena cuaca El Nino boleh mencetuskan rekod suhu purata baharu pada 2023 atau 2024, menurut saintis iklim,” kata Pensyarah Kanan Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Mohd Shahrul Mohd Nadzir.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: