Tempatan

Diskaun Saman Trafik Sehingga 80% Bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERAK, 30 Jun 2022 – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia telah menawarkan diskaun bayaran saman trafik bersempena program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia peringkat Negeri Perak, di mana diskaun tersebut akan berlangsung selama 3 hari.

Program ini bakal berlangsung daripada 1 hingga ke 3 Julai ini, di mana ia akan diadakan di Litar Dato’ Sagor, Pasir Salak, dari jam 9 pagi ke 6 petang.

Menurut sebuah hebahan di laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), kadar pengurangan kompaun yang disediakan adalah sehingga 50% bagi kesalahan di bawah PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Bagi pengguna yang ingin mendapatkan penjimatan maksima pula, mereka boleh menghadiri tapak acara pada 3 Julai untuk mendapatkan diskaun sehingga 80%, bagi kesalahan trafik terpilih.

Kesalahan-kesalahan trafik yang boleh mendapatkan diskaun adalah kesalahan seluruh Malaysia, namun hanya tertakluk kepada kesalahan-kesalahan terpilih.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: