Antarabangsa

Campur Tangan AS Dalam Isu Taiwan Amat Berbahaya – China

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CHINA, 18 Mei 2023 – Pihak tentera China telah bersumpah untuk “menghancurkan” mana-mana gerakan pemisah di Taiwan serta mengeluarkan amaran terhadap campur tangan Amerika Syarikat (AS) terhadap pulau tersebut yang telah menjejaskan hubungan di antara China dan AS.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Pertahanan China, Kolonel Tan Kefei sewaktu berada di sebuah sesi wawancara bersama wartawan pada Selasa lalu di Beijing. Menurutnya,

“People’s Liberation Army (PLA) terus menerus memperkasakan latihan serta persediaan ketenteraan dan akan menghancurkan mana-mana bentuk pemisahan bagi kedaulatan Taiwan dan juga sebarang percubaan campur tangan luar terhadap Taiwan serta akan bersungguh-sungguh mempertahankan kedaulatan kebangsaan dan integriti wilayah (China)”.

BACA JUGA: MAIS Bantah Kerajaan Tarik Balik Rayuan Kes Kalimah Allah

BACA JUGA: Kalimah Allah: Mahkamah Persekutuan Boleh Perintah Bicara Semula – Dato’ Dr Wan Ahmad Fauzi

BACA JUGA: Kenapa Kerajaan Perpaduan Sekarang Tidak Mahu Merayu? – Profesor Dr Rafidah Hanim

Kenyataan tersebut telah dibuat oleh Tan sebagai maklum balas bagi pelan AS untuk menyediakan bantuan ketenteraan bernilai $500 juta terhadap Taiwan.

Selain daripada itu, Pentagon juga telah dilaporkan telah menghantar sekitar 200 orang tentera ke Taiwan bagi menyediakan latihan ketenteraan.

Menurut Tan, peningkatan hubungan berbentuk ketenteraan di antara Washington dan Taipei telah “menggoyahkan dasar hubungan Sino-AS dan telah mengurangkan kadar keamanan dan kestabilan di seluruh Selat Taiwan”.

Tan juga telah menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh AS itu sebagai satu perkara yang “salah serta amat berbahaya.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: