Antarabangsa

China Serang Taiwan, Biden Ikrar AS Akan Pertahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 19 September 2022 – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden ketika ditemuramah menyatakan bahawa tentera AS sendiri akan mempertahankan Taiwan sekiranya China menyerang negara pulau tersebut.

“Adakah tentera AS akan pertahankan kepulauan tersebut?” soal Scott Pelley kepada Biden seperti dalam sebuah laporan.

“Ya, sekiranya ada serangan yang tidak didahului,” jawab Biden.

Scott Pelley kemudiannya mahu memastikan kenyataan tersebut dengan bertanyakan lanjut:

“Sekadar menjelaskan, jadi, tidak seperti di Ukraine – Tentera AS, lelaki dan wanita Amerika akan mempertahankan Taiwan sekiranya ada penaklukan oleh China?”

“Ya,” jawab Biden ringkas.

Namun, wakil dari White House pula kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa dasar luar kerajaan AS berkaitan Taiwan adalah tidak berubah, sekali gus ‘menegakkan’ kembali dasar AS yang ‘samar’ tentang hubungan dengan Taiwan.

Setakat ini, pendirian rasmi AS berkenaan Taiwan adalah mereka tidak mempunyai hubungan diplomatik ‘rasmi’, tetapi terdapat beberapa aspek hubungan tidak rasmi yang dijalinkan bagi menjaga hubungan perdagangan dan perkongsian teknologi antara dua negara tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: