Antarabangsa

Delegasi Ahli Parlimen Australia Lawat Taiwan, ‘Persetankan’ Polisi ‘Satu China’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TAIWAN, 07 Disember 2022 – Sekumpulan ahli parlimen Australia telah tiba di Taiwan bagi tujuan lawatan ke pulau tersebut, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh kementerian luar Taipei pada Selasa lalu.

Perbuatan sekumpulan ahli parlimen Australia tersebut secara tidak langsung telah memberi mesej bahawa mereka sama sekali tidak mengendahkan amaran dari pihak Beijing berikutan ketegangan yang sedang berlaku terhadap pulau tersebut.

Joanne Qu, jurucakap bagi kementerian luar Taipei telah menyatakan kepada para wartawan mengenai ketibaan delegasi tersebut dari Australia dan pada kenyataan yang sama beliau turut menyatakan bahawa pihak mereka bersama delegasi terbabit akan “membincangkan pelbagai isu berkenaan kepentingan bersama”.

Qu turut berkata kepada para wartawan bahawa pihak kementerian luar Taipei menghargai keramahan yang ditunjukkan oleh parlimen Australia.

Beliau turut menyifatkan hubungan Taipei dan Canberra sebagai “lasak, rencam serta bermanfaat kepada kedua-dua pihak”.

Kementerian luar China pula telah menzahirkan penolakan mereka terhadap lawatan delegasi Australia itu dengan menyatakan bahawa Australia sebelum ini telah mengenakan “prinsip satu China” serta menyatakan bahawa Australia perlu “menghentikan signal palsu terhadap pasukan ‘Taiwan merdeka’”.

Ahli parlimen Australia yang menyertai lawatan itu dijadualkan akan bertemu dengan Presiden Taiwan Tsai Ing-wen, Menteri Luar Taiwan Joseph Wu dan beberapa lagi pegawai tinggi Taiwan yang lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: