Antarabangsa

China Didakwa Tutup, Robohkan Masjid Untuk Sekat Amalan Islam – Laporan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 23 November 2023 – Kerajaan China didakwa telah menutup, merobohkan dan menukar masjid untuk kegunaan sekular, menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Human Right Watch (HRW) bertarikh 22 November 2023.

Dakwa HRW, tindakan itu adalah sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyekat amalan Islam di mana pihak berkuasa di sana juga turut mengeluarkan ciri-ciri seni bina Islam seperti kubah dan menara dari banyak masjid lain. Tindakan tersebut didakwa dilakukan di bawah dasar “penyatuan masjid” di mana Kerajaan China secara signifikan mengurangkan bilangan masjid di bawah dasar tersebut.

Namun begitu, pemangku pengarah HRW di China, Maya Wang mendakwa, Kerajaan China tidak melakukan sedemikian sebaliknya menutup banyak masjid di mana ia melanggar kebebasan beragama. Katanya, “Penutupan, pemusnahan dan penggunaan semula masjid oleh Kerajaan China adalah sebahagian daripada usaha sistematik untuk mengekang amalan Islam di China”.

Menurut laporan yang sama, undang-undang China membenarkan orang ramai beragama di tempat-tempat ibadah yang diluluskan secara rasmi untuk agama yang diluluskan secara rasmi dan pihak berkuasa mengekalkan kawalan ketat ke atas rumah ibadah.

Dalam pada itu, HRW menyatakan, dokumen kerajaan yang ada turut menunjukkan bahawa Kerajaan China telah “menyatukan” masjid di wilayah Ningxia dan Gansu di mana wilayah tersebut mempunyai penduduk Muslim tertinggi di China selepas Xinjiang.

Di wilayah Ningxia, HRW turut mengesahkan dan menganalisis video serta gambar yang disiarkan secara dalam talian oleh Muslim Hui di samping turut menggunakan pengimejan satelit sebagai sokongan untuk mengkaji pelaksanaan dasar tersebut di dua kampung wilayah itu. Dapatannya, daripada tujuh masjid di kampung itu, empat daripadanya mengalami kemusnahan yang ketara dan tiga bangunan utama telah dimusnahkan manakala sebuah ruang wuduk turut mengalami kerosakan.

Namun begitu, HRW tidak dapat memperincikan bilangan masjid yang ditutup atau digunakan semula di seluruh Ningxia dan Gansu berikutan dokumen rasmi tidak memberikan perincian yang tepat, menurut laporan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: