China Bakal ‘Menjajah’ Bulan – NASA
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
WASHINGTON, 04 Julai 2022 – “China mungkin mempertimbangkan untuk menguasai bulan sebagai sebahagian daripada program angkasa lepas tenteranya,” kata Ketua NASA Bill Nelson dalam satu wawancara yang diterbitkan dalam akhbar Bild.
Dalam temu bual akhbar, Nelson menegaskan orang ramai harus bimbang dengan perancangan China tersebut.
Jelasnya, persaingan untuk kutub selatan bulan amat sengit kerana takungan air yang berpotensi di sana boleh digunakan pada masa hadapan untuk pengeluaran bahan api roket.
“China boleh mendarat di bulan dan berkata: ‘Sekarang ini milik kami, jangan datang ke sini’. Kita harus bimbang tentang itu.”
Selain itu, Nelson juga mendakwa tujuan ketenteraan China di angkasa adalah untuk mempelajari cara untuk memusnahkan satelit negara lain.
Katanya, Beijing mungkin akan menyiapkan pembinaan stesen bulannya sendiri pada 2035 dan akan memulakan eksperimen setahun kemudian.