Penunjuk Perasaan Pro-Palestin Ditahan Di Sydney
AUSTRALIA, 23 November 2023 – Pihak polis Australia telah bertindak menangkap 23 orang aktivis pro-Palestin pada Rabu lalu setelah mereka melakukan protes terhadap sebuah kapal milik pembawa Israel, Zim.
Sekitar 400 orang telah berkumpul berhampiran dengan Port Botany pada petang Selasa lalu bagi aktiviti tunjuk perasaan yang telah dirancang namun ianya tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.
Menurut pihak polis New South Wales, para penunjuk perasaan yang tidak mematuhi arahan dan menghalang jalan-jalan berhampiran pelabuhan itu telah didakwa dengan beberapa kesalahan termasuklah menganggu operasi kemudahan umum.
Para penunjuk perasaan menjalankan demonstrasi mereka dengan membawa bendera Palestin dan melaungkan laungan “bebaskan Palestin” serta membawa sepanduk menyatakan “Boikot ZIM” serta “Tamatkan Sekatan Gaza”.
Konflik di antara Israel dan Hamas telah mencetuskan banyak siri protes di seluruh dunia yang bersifat pro-Palestin mahupun pro-Israel.