Antarabangsa

Ratusan Pekerja Kilang iPhone Terbesar China Merusuh, Dakwa Ditipu Gaji & Bonus

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CHINA, 25 November 2022 – Para pekerja di kilang pemasangan iPhone terbesar di China telah merusuh dan melawan pihak polis tempatan, di mana sebahagian daripada mereka dilengkapi dengan peralatan rusuhan pada Rabu lalu.

Perkara tersebut telah ditularkan oleh beberapa rakaman video yang kemudiannya dikongsi di beberapa media sosial.

Rakaman-rakaman video tersebut menunjukkan ratusan pekerja kilang berhadapan dengan para penguat kuasa undang-undang, yang mana ramai daripada mereka memakai pakaian pelindung hazmat di kampus Foxconn di ZhengZhou.

Terdapat juga rakaman video yang menunjukkan bahawa beberapa perusuh sedang menyuarakan aduan mengenai kadar gaji mereka serta keadaan kebersihan tempat kerja, namun rakaman tersebut kini sudah disekat.

Kejadian tersebut berlaku selepas beberapa hari setelah media negara China melaporkan bahawa lebih 100,000 orang telah mendaftar untuk jawatan-jawatan yang telah diiklankan pada sesi pengambilan besar-besaran untuk loji Foxconn Zhengzhou.

Penularan COVID yang berlaku pada bulan lalu telah memaksa kilang tersebut untuk menutup dan mengunci kilang premis-premis itu dengan keadaan para pekerjanya dikurung di dalam. Sebahagian dari pekerja kilang tersebut kemudiannya telah bertindak melarikan diri.

Video-video yang sama turut merakamkan detik-detik di mana para pekerja menyuarakan aduan mereka terhadap tindakan pihak pengurusan dalam m

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: