Antarabangsa

‘Api Dari Timur’: Kebangkitan China dan Parti Komunis Kian Membara

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CHINA, 04 September 2022 – Sebuah laporan telah mendedahkan tentang kebangkitan negara China yang memainkan sentimen penderitaan rakyatnya ketika Perang Dunia Ke-2 dahulu.

Sambutan tahunan bagi memperingati “Perjuangan Rakyat China Melawan Keganasan Jepun” disambut pada setiap 3 September oleh rakyat China.

Sambutan ini merupakan sebuah ‘tanda ingatan’ terhadap peristiwa pahit yang dilalui oleh rakyat China ketika Perang Dunia Ke-2, termasuklah dalam bentuk keganasan seksual, penderaan dan perhambaan.

Dalam sambutan ini, segala naratif dan ideologi kerajaan China dapat dilihat, di mana pameran-pameran sejarah, ucapan dan keterangan yang diberikan adalah ‘penanda arah’ kepada hala tuju kerajaan China.

Menurut laporan tersebut, Amerika Syarikat (AS) tampil sebagai ‘musuh’ menurut naratif kebangkitan China sebagai sebuah kuasa besar dunia masa kini.

Naratif yang sering dibawa oleh pemimpin-pemimpin Parti Komunis China membawa gambaran bahawa kemajuan China masa kini berserta kekuatan ketenteraannya menjadi perhatian ramai, sehingga ada negara-negara besar yang tidak mahu menyaksikan kebangkitan China di alaf baru.

Menurut laporan yang sama, Xi Jinping, Presiden China, telah melancarkan kempen bagi menggambarkan seolah-olah China merupakan satu-satunya ‘juara’ dalam Perang Dunia Ke-2, dan ia merupakan sumbangan jasa oleh Parti Komunis China.

Kerajaan pemerintahan China dikatakan giat melaungkan propaganda bagi menyeru kepada sebuah ‘kebangkitan’ China yang baru di bawah kepimpinan Parti Komunis China.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: