Tempatan

6 Stesen LRT Laluan Ampang-Sri Petaling Akan Dibuka Semula Mulai Esok

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Mei 2023 – Enam stesen LRT Laluan Ampang-Sri Petaling akan beroperasi semula mulai esok, 12 Mei 2023.

Menerusi hantaran di laman Facebook Rapid KL, perkhidmatan operasi tren di enam stesen tersebut melibatkan Stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur dibuka semula kepada pengguna bermula jam 6 pagi esok.

345589682_1184722378881167_8194645940971758931_n.jpg?resize=356%2C356&is-pending-load=1#038;ssl=1
Perkhidmatan diteruskan susulan kerja pembaikan sementara (fasa pertama) struktur jejambat dan kerosakan landasan berhampiran stesen LRT Bandaraya telahpun selesai.

Memetik kenyataan, “Tren-tren yang perlu menjalani proses penyelenggaraan telah dibawa ke depoh LRT di Ampang dan tren-tren gantian akan digunakan bagi tujuan perkhidmatan operasi ini.”

Pihak mereka juga menyatakan bahwa operasi perkhidmatan LRT di enam stesen itu diberhentikan sejak 2 April lalu kerana tren-tren yang beroperasi tidak lagi memenuhi kriteria pengoperasian dan terpaksa dikeluarkan atas faktor keselamatan.

BACA JUGA: Penyanyi Coldplay Berkali-Kali Zahirkan Sokongan Kepada “Eljibiti” – Gerakan Pengundi Sedar

BACA JUGA: Whatsapp Tak Boleh Dipercayai – Elon Musk

BACA JUGA: Kelab LGBT Rahsia, Ibu Bapa Murid Tahun 6 Saman Sekolah

Dalam pada itu, pihak Rapid akan menamatkan perkhidmatan bas LRT 11, 13 dan 14 serentak dengan pembukaan stesen-stesen tersebut.

Menurut syarikat itu, kerja pembaikan menyeluruh (fasa kedua) struktur landasan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan Oktober tahun ini dan operasi perkhidmatan LRT Laluan Ampang-Sri Petaling akan kembali seperti sediakala.

Walau bagaimanapun, jangkaan ini masih bergantung kepada penilaian dan kelulusan daripada pihak berkuasa yang terlibat.

Mengulas lanjut, Rapid Rail akan mengaktifkan semula perkhidmatan bas perantara percuma (Bas LRT 10) yang menghubungkan Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Bandaraya bagi melancarkan perjalanan pengguna.

345859281_662026592340027_3372191177088678145_n.jpg?resize=348%2C348&is-pending-load=1#038;ssl=1
Perkhidmatan ini akan beroperasi menggunakan 10 buah bas dengan kekerapan setiap 10 minit, ujar pihak mereka.

Kenyataan menyebut, “Penumpang – penumpang juga mempunyai pilihan untuk menggunakan laluan rel alternatif yang mana penumpang yang ingin menuju ke Hang Tuah, boleh menaiki Laluan Monorel KL melalui Stesen Titiwangsa.”

“Manakala penumpang yang ingin menuju ke Chan Sow Lin, boleh menaiki MRT Laluan Putrajaya melalui Stesen Titiwangsa.”

Pihak mereka turut memaklumkan bahawa, “Anggota operasi rel dan Polis Bantuan Prasarana akan ditempatkan di stesen–stesen terlibat bagi membantu dan mengawal pergerakan penumpang.”

Penumpang juga digalakkan menggunakan aplikasi PULSE untuk merancang perjalanan dan mengikuti laman media sosial Rapid KL untuk mendapatkan info terkini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: