Tempatan

Perkhidmatan Rel Bermula 4.30 Pagi 31 Ogos Ini

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2022 – Semua perkhidmatan rel yang merangkumi LRT, MRT dan Monorel akan bermula pada jam 4.30 pagi pada 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan 2022.

“Ayuh #KeluargaMalaysia, jom gunakan pengangkutan awam pada 31 Ogos untuk pergi ke Dataran Merdeka (atau ke mana-mana sahaja),” katanya di laman Facebook ­rasmi Rapid KL.

May be an image of text that says "#KamiBawaAnda OPERASI TREN SEMPENA HARI KEBANGSAAN 31 OGOS 2022 LALUAN KEKERAPAN TREN 4.30 PAGI LRT Ampang LRT Sri Petaling PAGI 6 PAGI 11.30 MALAM 7 minit (CBD) 15 minit (Non CBD) LRT Kelana Jaya 5 minit (CBD) 10 minit (Non CBD) 15 minit Monorel KL 7 minit 15 minit MRT Kajang 10 minit 15 minit MRT Putrajaya 10 minit 15 minit 7 minit www suggest@rapidkl.com.my @myrapid rapidkL prasarana @AskRapidKL myrapidkl"

Sebelum ini, pihak polis menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam berikutan beberapa jalan utama akan ditutup pada hari berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya mengatakan bahawa lapan jalan utama di sekitar Dataran Merdeka akan ditutup dan dilencongkan bagi tujuan keselamatan dan kelancaran sewaktu sambutan itu berlangsung.

Pihak polis juga mengingatkan orang ramai yang hendak menyaksikan perarakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2022 di Dataran Merdeka nanti untuk merancang perjalanan mereka.

Leave a Reply

Back to top button