Antarabangsa

Rusia-Turkiye-Iran-Syria Bincang Perkukuh Hubungan Ankara-Damsyik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 11 Mei 2023 – Para diplomat tertinggi daripada Iran, Turkiye, Rusia dan Syria telah menyimpulkan pendirian mereka mengenai konflik Syria, menggariskan kedaulatan serta integriti wilayah negara-negara Arab serta membina pelan untuk memperbaikkan hubungan di antara Damsyik dan Ankara.

Perkara tersebut telah diputuskan oleh para diplomat tertinggi negara-negara berikut sewaktu di dalam sesi pertemuan yang bertempat di Moscow.

BACA JUGA: Kelab LGBT Rahsia, Ibu Bapa Murid Tahun 6 Saman Sekolah

BACA JUGA: MAPIM Gesa Anwar Tolak Segala Percubaan Normalisasi Rejim Haram Aparteid Israel

BACA JUGA: Tindakan Bacul Rejim Zionis Israel Menyerang Semenanjung Gaza Perlu Dikutuk

Para menteri luar dari negara-negara terlibat telah membuat ucapan sewaktu di dalam pengucapan akhir pada hujung pertemuan empat pihak pada Rabu lalu yang mensasarkan pendamaian serta penyambungan semula hubungan di antara Syria dan Turki.

Ucapan terakhir yang dibuat pada pertemuan tersebut menyatakan bahawa para peserta menegaskan komitmen mereka terhadap integriti wilayah Syria, tidak terlibat dalam sebarang hal dalaman Syria serta membasmi segala bentuk terrorisme, kelompok pemisah dan pelampau di negara tersebut.

Menerusi ucapan yang sama juga, para peserta telah bersetuju bahawa kesemua timbalan menteri luar dari empat negara tersebut perlu mengambil tugas menyediakan jalan bagi menambah baik hubungan di antara Turkiye dan Syria dalam koordinasi bersama menteri-menteri pertahanan serta ketua-ketua perisikan mereka.

Pertemuan empat pihak tersebut telah disifatkan berlaku di dalam “atmosfera yang positif dan membina” dari segi pertukaran pendapat. Pertemuan sedemikian turut dikatakan akan diteruskan pada masa akan datang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: