Tempatan

Laluan Bas Rapid KL Terpilih Mula Beroperasi 4.30 Pagi 31 Ogos Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2022 – Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia, perkhidmatan bas Rapid KL bagi laluan terpilih akan beroperasi seawal jam 4.30 pagi pada 31 Ogos 2022, demikian makluman oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) di Facebook rasminya.

Antara laluan bas Rapid KL terpilih adalah:

– Bas perantara – MRT Laluan Putrajaya;
– Bas Perantara – LRT Lalauan Ampang / Sri Petaling;
– Bas perantara – LRT Laluan Kelana Jaya;
– Bas perantara – MRT Laluan Kajang.

Selain itu, perkhidmatan Rapid KL bagi laluan terpilih yang akan beroperasi seawal jam 4.30 pagi pada 31 Ogos 2022 juga melibatkan bas Rapid KL di laluan utama dan tempatan seperti Taman Jasa Utama ke Lebuh Ampang, Puchong Utama ke Pasar Seni, Puchong Utama ke Puchong Prima dan beberapa lagi jalan lain yang terpilih.

Justeru, APAD menyarankan orang ramai memuat turun aplikasi PULSE by PRASARANA iaitu aplikasi perancang perjalanan, penjejak waktu ketibaan masa sebenar untuk perkhidmatan bas dan rel, paparan notifikasi atau ‘Push Notifications‘ dan kalkulator tambang untuk memudahkan perjalanan pada hari tersebut.

Dalam pada itu, selain bas Rapid KL, semua perkhidmatan rel yang merangkumi LRT, MRT dan Monorel juga akan mula beroperasi jam 4.30 pagi pada 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan 2022.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: