Tambang LRT Percuma Seminggu Bermula Hari Ini
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 14 November 2022 – Susulan gangguan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya yang berlaku minggu lalu, Rapid Kl Sdn Bhd mengumumkan pembukaan semula operasi tersebut dan memberi pampasan kepada para pengguna dengan memberikan perkhidmatan percuma selama seminggu bermula hari ini, 14 November 2022 hingga 20 November 2022, Ahad.
Para pelanggan yg dihormati, rentetan dari pengumuman Rapid Rail Sdn Bhd tentang pembukaan semula operasi LRT Laluan Kelana Jaya yg bermula esok, Isnin 14 November, kami sertakan visual rumusan pampasan yg akan diberikan kpd pengguna laluan yg terjejas sepanjang tempoh penutupan. pic.twitter.com/NdEeq2CRtL
— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) November 13, 2022
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Mohd Azharuddin Mat Sah memaklumkan, pengguna kad Touch ‘n Go yang menggunakan perkhidmatan laluan Kelana Jaya boleh menggunakan kad dengan baki minimum RM5 seperti biasa tanpa sebarang caj di antara (Isnin, 14 November) sehingga (Ahad, 20 November) dengan syarat destinasi mula atau akhir adalah di mana-mana stesen laluan Kelana Jaya.
Tambang percuma juga turut diberikan kepada pengguna token yang menggunakan perkhidmatan laluan Kelana Jaya dari (Isnin, 14 November) sehingga (Ahad, 20 November) dan pengguna perlu ke pejabat khidmat pelanggan di stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT untuk mendapatkan token khas perjalanan sehala, dengan syarat destinasi mula atau akhir adalah di mana-mana stesen laluan Kelana Jaya.
Selain itu, buat pengguna My50, mereka akan diberikan tambahan perjalanan percuma selama tujuh hari apabila memperbaharui pas setelah tamat tempoh. Pembaharuan pas boleh dilakukan bermula 21 November hingga 20 Disember ini di pejabat khidmat pelanggan di stesen LRT, Transit Aliran Massa (MRT), Monorel dan Transit Aliran Bas (BRT) dan pegawai khidmat pelanggan akan membuat pengesahan.
“Prasarana dan Rapid Rail sekali lagi memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia, yang terkesan akibat gangguan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya. Segala usaha akan diambil bagi memastikan gangguan seumpama ini tidak akan berulang,” ujar Mohd Azharuddin.
Pengumuman pembukaan semula operasi dan perincian pampasan itu dibuat Rapid KL melalui satu hantaran di laman rasmi Twitter mereka malam tadi. Tindakan tersebut didapati mendapat komen positif daripada masyarakat tempatan yang menggunakan perkhidmatan LRT berkenaan.
Seorang pengguna Twitter, @frhfarzana berkata, “Alhamdulillah, terima kasih RapidKL especially staff dan engineer. Harap pihak upper management reward you guys.”
Alhamdulillah, terima kasih RapidKL especially staff dan engineer. Harap pihak upper management reward you guys.
— farah farzana (@frhfarzana) November 13, 2022
Pengguna lain seperti @uaenalily turut menyatakan rasa syukur dengan berkata, “Alhamdulillah. Saya tak sanggup naik bas sebab tak boleh adapt dengan jem . Kalau naik bas ambil masa 1j am 30min untuk sampai rumah dan dibandingkan dengan naik train hanya 40 min. Rumah saya sebelah stesen lrt ja. It’s too tiring and exhausting.”
Alhamdulillah. Saya tak sanggup naik bas sebab tak boleh adapt dengan jem . Kalau naik bas ambil masa 1jam 30min untuk sampai rumah dan dibandingkan dengan naik train hanya 40 min. Rumah saya sebelah stesen lrt ja. It’s too tiring and exhausting.
— The Golder Hour #IU (@uaenalily) November 13, 2022
Samudera.my sebelum ini melaporkan gangguan dalam perkhidmatan LRT Kelana Jaya yang mengakibatkan 16 stesen LRT tidak beroperasi bermula 9 November hingga 13 November lalu
Menurut myrapid menerusi laman rasminya, gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya yang telah bermula sejak Sabtu, 5 November lalu adalah berpunca daripada Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) yang tidak stabil.