Tempatan

Fikiran Liberal Cemari Seni Perfileman Negara – Mufti Pulau Pinang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 03 Mac 2023 – Pemikiran liberal kini mencemari seni perfileman negara apabila ada penggiat seni yang sensitivitinya terhadap kesucian agama khususnya agama Islam, kian pudar, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Menurut beliau, bagi golongan yang berfikiran liberal ini, tiada apa yang perlu dihormati dalam aspek kehidupan ini malah mereka beranggapan semua perkara boleh dipermainkan, diperkotak-katikkan serta dipersenda mahupun dihina dengan sewenang-wenangnya.

BACA JUGA: Mesin Layan Diri Menu IPR RM2 Susahkan Pengguna

BACA JUGA: Tan Sri Idrus Dilantik Semula Sebagai Peguam Negara

BACA JUGA: Penumpang Terkandas Tengah Landasan, Operasi Aerotrain KLIA Dihentikan

Katanya, golongan seperti ini hanya mengutamakan kepuasan serta keuntungan yang bakal diraih berbanding kesan daripada hasil seni tersebut terhadap kerosakan kepercayaan serta tingkah laku penonton

“Sedangkan karya seni sepatutnya berperanan membantu ke arah menanam dan menyuburkan nilai-nilai murni yang diperlukan untuk pembangunan negara Madani yang sedang cuba direalisasikan oleh Kerajaan demi mencapai kesejahteraan hidup seluruh rakyat,” jelasnya sewaktu diminta ulasan terhadap filem berjudul Mentega Terbang yang didakwa bertentangan dengan akidah dan norma kehidupan umat Islam.

Tambah beliau, penghasilan filem tersebut menunjukkan satu contoh dalam penyalahgunaan bidang kesenian yang bertujuan untuk menyesatkan hamba-hamba Allah daripada agama yang suci.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan agar setiap warganegara terutamanya pemimpin serta pembuat dasar untuk bekerjasama bagi memastikan elemen-elemen yang merosakkan agama serta tradisi ketimuran yang baik tidak terus bermaharajalela dan digerakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Baru-baru ini, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan bahawa filem Mentega Terbang bertentangan dengan akidah.

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) pula menggesa agar Menteri Agama dan Menteri Komunikasi untuk menarik segera filem berkenaan daripada terus ditayangkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: