Tempatan

Tan Sri Idrus Harun Dilantik Semula Sebagai Peguam Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 03 Mac 2023 – Tan Sri Idrus Harun dilantik semula sebagai Peguam Negara berkuat kuasa Isnin depan.

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara untuk tempoh enam bulan berkuat kuasa mulai 6 Mac 2023,” kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

BACA JUGA: TERKINI! Mahkamah Tinggi KL Bebaskan Najib & Arul Kanda Dari Tuduhan

BACA JUGA: Kerajaan Pergiat Usaha Bina Bailey Bridge

BACA JUGA: Operasi Aerotrain KLIA Dihentikan Serta Merta

Di bawah Perkara 145(1), Yang di-Pertuan Agong di atas nasihat Perdana Menteri hendaklah melantik seseorang yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan untuk menjadi Peguam Negara.

Sebelum ini, Idrus Harun telah dilantik menjadi Peguam Negara pada 6 Mac 2020 bagi tempoh dua tahun dan dilantik semula pada 6 Mac tahun lalu untuk tempoh setahun lagi.

Terdahulu juga, beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara, penasihat undang-undang di Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Peguam Cara Negara dan Hakim Mahkamah Rayuan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: