Tempatan

Teks BM Perlembagaan Sudah Sah & Teratur Sejak 20 Tahun Lalu – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Januari 2023 – Kenyataan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun yang mencadangkan agar Kerajaan menjadikan Perlembagaan Persekutuan edisi Bahasa Malaysia sebagai versi muktamad (authoritative) bagi Undang-undang Tertinggi di Malaysia wajar dipuji,” ujar Peguam Senior, Haniff Khatri Abdulla.

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan pada ucapan Pembukaan Tahun Undang-Undang 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya baru-baru ini sememangnya memberi gambaran yang amat baik.

Beliau berkata, apa yang diutarakan itu, sememangnya betul dan tepat dari sudut Perlembagaan Persekutuan, memandangkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan telahpun diletakkan di kedudukan rasmi dan utama oleh Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.

Malah jelas Haniff, kenyataan Tan Sri Idrus Harun berkenaan adalah amat dihargai dan bertepatan dengan peribahasa “biar lambat asal selamat”, kerana ianya amat mendukacitakan bahawa walaupun Malaysia sudah merdeka sejak hampir 66 tahun yang lalu, namun isu tentang versi sah Perlembagaan Persekutuan sebagai Undang-Undang Tertinggi Negara telah dan masih lagi menghantui kita.

Namun, pada masa yang sama , saya ingin menarik perhatian Tan Sri Idrus Harun kepada asas pendapat bahawa Versi Bahasa Melayu yang sah sudahpun wujud sejak tahun 2003, dan hendaklah diiktirafkan sebagai Versi Sah dan Teratur sejak 20 tahun yang lalu kerana Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu, seperti yang dilaporkan media, telahpun mencemar duli menghadiri satu Majlis Pelancaran Perlembagaan Persekutuan (Versi Bahasa Melayu) yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri dan Peguamcara Negara, masing-masing pada ketika itu. (Link Laporan : https://www.samudera.my/teks-sahih-perlembagaan-bahasa…/ & https://www.samudera.my/teks-bahasa-melayu-perlembagaan…/).

Justeru, tertakluk kepada semakan rekod berhubung Majlis Pelancaran berkenaan dan kandungan ucapan Peguam Negara yang disampaikan melalui Peguamcara Negara pada ketika itu, ianya tidak pincang untuk mengatakan bahawa keperluan Perkara 160B Perlembagaan Persekutuan, iaitu “jika Perlembagaan ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Kebangsaan, Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan teks sahih, dan selepas itu, jika ada percanggahan atau perselisihan antara teks bahasa Kebangsaan itu dengan teks bahasa Inggeris Perlembagaan ini, teks bahasa Kebangsaan itu hendaklah mengatasi teks bahasa Inggeris itu.”

Jadi jelas, ia sudah pun Sah dan Teratur dilakukan pada tahun 2003 melalui Majlis Pelancaran itu.

Maka, cadangan lanjut Tan Sri Idrus Harun untuk mencetak semula Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan memasukkan pindaan-pindaan terkini secara automatik boleh dilakukan, tanpa menjadikan cetakan baharu itu sebagai Sah dan Teratur cuma mulai 2023 atau tempoh akan datang, sedangkan ianya adalah Sah dan Teratur sejak tarikh Majlis Pelancaran Perlembagaan Persekutuan (Versi Bahasa Melayu) 2003 yang berkenaan, yakni sejak 20 tahun yang lalu,” katanya.

Terdahulu, memetik kenyataan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun seperti berikut:

“Perlembagaan Persekutuan bertindak sebagai asas kita dalam melaksanakan pengasingan kuasa (antara eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman).

“Oleh itu, bagi tahun 2023, menurut Perkara 160 A Perlembagaan Persekutuan, AGC bercadang untuk mencetak semula Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan pindaan perlembagaan bersejarah terkini. “

“AGC juga bercadang untuk mencadangkan kepada Kerajaan supaya preskripsi Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa Kebangsaan menjadi teks rasmi (authoritative) selaras dengan Perkara 160B Perlembagaan Persekutuan.”

“Kedua-dua rancangan ini tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong,” kata Idrus.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: