Kenapa Peguam Negara Belum Dakwa Superman Hue? – Buzze Azam
KUALA LUMPUR, 10 Februari 2023 – “Kenapa Tan Sri tidak mendakwa Superman Hue ni atas ucapan berbentuk perkauman dan menghasut ni?” soal peguam Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Buzze Azam di laman Facebook beliau.
Menerusi sebuah hantaran, Buzze Azam mempersoalkan tindakan Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Idrus Harun yang tidak mengenakan sebarang dakwaan terhadap Superman Hue, individu yang telah mengeluarkan ucapan hasutan dan perkauman.
Tegas beliau, “Kalau Melayu laju je Tan Sri dakwa. Sila beri penjelasan kepada rakyat.”
Dalam hantaran sama, beliau turut berkongsi pautan rakaman Superman Hue mengeluarkan ucapan kesat berbaur perkauman terhadap orang Melayu serta beberapa keping gambar tangkap layar rakaman tersebut.
BACA JUGA: Laporan Keputusan Tuduhan Gangguan Seksual Tidak Sehebat Ketika Tuduhan Dibuat – Prof Rafidah Hanim
BACA JUGA: Dua Lelaki Ditahan Simpan Burung Helang
BACA JUGA: Tiada Apa Di Dunia Ini Yang Tiada Ancaman – Hj Aminuddin
Rakaman memaparkan individu itu menempelak, “Sekarang biarkan mereka yang ketuanan Melayu dan mereka beragama Islam yang boleh mampus berpecah belah. Apabila mereka bersatu, kami Cina tak dapat hidup! Bila mereka berpecah-belah, itulah masa kita tumbuk mereka sampai mampus.”
“Dengar saya cakap, tengok buku lima saya. Sekarang mereka berpecah belah. Politik Melayu ini, politik kaum ini dan politik agama ini, biar mereka tikam sesama sendiri!”
“Sekarang mereka berpecah belah, kita kena bersatu semacam ini. PKR DAP Amanah dan MUDA dari Syed Saddiq. Mereka berpecah belah, tumbuk kasi dia orang mampus!”