Tempatan

‘Imam Mahdi’ Muncul Di Media Sosial, Umat Islam Diminta Tidak Mudah Percaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 21 FEBRUARI 2024 – Umat Islam diminta jangan mudah mempercayai dakwaan karut melibatkan kemunculan Imam Mahdi di platform media sosial termasuk di Tiktok.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor menegaskan, “Dalam hal ini, kita tidak dapat memastikan apakah motif sebenar di sebalik dakwaan sedemikian. Kita juga tidak dapat memastikan tahap kewarasan akal individu yang mengaku dirinya Imam Mahdi itu atau dia ada gangguan mental yang memerlukan rawatan psikiatrik.”

Tambah beliau, ini kerana dakwaan individu tersebut sering muncul dari semasa ke semasa dalam pelbagai versi.

Dalam pada itu, menurut beliau, umat Islam tidak perlu obses dengan kemunculan ‘tokoh’ berkenaan, sebaliknya sebagai umat Islam, kita perlu terus komited kepada segala ajaran Islam yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah.

“Kedatangan Imam Mahdi ini tidak lain melainkan untuk menyeru seluruh manusia kepada ajaran-ajaran ini. Beliau bukan membawa ajaran baharu tetapi memperjuangkan misi Islam yang sedia ada,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Salim menekankan, umat Islam perlu berpegang teguh dengan segala ajaran Islam sekali gus meningkatkan lagi ilmu serta kefahaman dalam semua hal berkaitannya.

“Ini lebih membantu seorang Muslim untuk mencapai kedudukan yang baik di sisi Allah SWT. Jadi, tidak payahlah menghabiskan masa menunggu Imam Mahdi. Sikap begini lebih menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa penipuan mana-mana individu berkepentingan dan tidak bertanggungjawab,” jelas beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: