Tempatan

Mentega Terbang: Manifestasi Pluralisme Agama & Gejala Murtad

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Mac 2023 – “Terkini geger gegak dengan filem versi internet melalui capaian VIU yang bertajuk ” Mentega Terbang” yang mempromosikan pluralisme agama,bahkan mempromosikan murtad,” kata AJK PAS Pusat Ustaz Riduan Mohd Nor mengenai filem Mentega Terbang.

Ujarnya menerusi kenyataan di laman Facebook, “Menurut pemerhati seni, Zabidi Mohamed, filem ini membahayakan akidah generasi muda termasuk dengan berani meremehkan agama Islam. Secara subteks menonjolkan konsep agama yang mempercayai reinkarnasi lebih baik berbanding agama Islam.”

Malah, kata beliau lagi, dalam sejarah perfileman Melayu belum pernah ada pengkarya filem secara berani mempersoalkan akidah Islam dan mempromosikan murtad.

BACA JUGA: PERHATIAN: Jalan Kuantan-Segamat Tutup Sampai Sabtu

BACA JUGA: Banjir: TUDM Lakukan Penerbangan Ihsan Selamatkan Wanita Mengandung

BACA JUGA: CPTPP Tidak Beri Impak Negatif Kepada Sektor Pertanian

Tegas Ustaz Riduan, isu menyanggah pluralisme agama bukanlah perkara baru, antara yang pernah menjadi isu ialah tentang sambutan Kongsi-Raya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama di antara agama-agama di Malaysia (Islam, Hindu, Cina dan Kristian).

“Dengan terjahan dunia langit terbuka, kelompok penyokong pluralisme agama ini dengan aktif menebarkan sikap serta pandangan mereka, bahkan secara terbuka mengadakan bantahan awam untuk berekspresi akan tuntutan-tuntutan mereka.”

“Jamak agama atau Pluralisme agama di atas nama keharmonian kaum, keserasian etnik, toleransi beragama dan merapatkan jurang kesenjangan antara agama dan kaum adalah racun yang membunuh akidah.”

Simptom ini makin membaham nilai agama dalam diri anak muda urban, menjadi satu trend yang mencolek mata dan nurani kita semua yang beriman.

Oleh yang demikian, Ustaz Riduan menegaskan, umat Islam perlu membantah elemen liberalisasi dan sebarang usaha meremehkan agama secara halus.

“Menjadi ujian kepada umat Islam di zaman kerajaan madani untuk membantah elemen-elemen liberalisasi dan sebarang usaha meremehkan agama secara halus. Jangan biarkan anak-anak muda disuntik dengan racun orientalis Barat dan dibiarkan hanyut dalam menentukan kebenaran agama.”

“Filem adalah agen propaganda dan alat kemusnahan fikrah jika tak dikawal oleh penguasa yang beriman, ya kita sedang menempuh zaman edan yang mengkesampingkan nilai akidah dalam kehidupan Muslim!” ujar beliau.

Terbaru, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan bahawa filem Mentega Terbang bertentangan dengan akidah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: