Tempatan

Pencarian MH370 Tetap Diteruskan – Anthony Loke

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Mac 2023 – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberi jaminan pencarian MH370 tidak akan dihentikan.

“Sebagai Menteri Pengangkutan, saya tidak akan menutup kes tragedi ini,” ikrarnya menerusi satu kenyataan media.

BACA JUGA: Terengganu Larang Ahli Politik Jadi Khatib Dan Imam Solat Jumaat

BACA JUGA: Langgar Etika Pengarahan, FDAM Mahu Pengarah ‘Mentega Terbang’ Mohon Maaf

BACA JUGA: SOSMA: Lebih 600 Orang Ditangkap Tahun Lepas – Menteri KDN

Ujarnya, Kerajaan Malaysia tidak pernah melupakan tragedi yang berlaku pada 8 Mac 2014 itu.

“Saya faham betapa perlunya kes ini dimuktamadkan. Sejak 2014, Malaysia dan rakan kongsi antarabangsanya telah melakukan pencarian berjuta-juta kilometer persegi melalui operasi udara, kapal dan bawah laut.”

“Saya mengulangi pendirian Kerajaan Malaysia bahawa pertimbangan sewajarnya akan diberikan kepada operasi pencarian masa hadapan sekiranya terdapat maklumat baharu dan boleh dipercayai mengenai potensi lokasi tempat berehat terakhir pesawat itu,” kata Anthony Loke lagi.

Rabu ini merupakan ulang tahun kesembilan tragedi penerbangan MH370 hilang tanpa jejak yang telah meninggalkan seribu tanda tanya kepada ahli keluarga mangsa mengenai apa yang sebenarnya menimpa pesawat malang itu.

Menurut Menteri Pengangkutan itu, tiada ucapan atau rasa simpati yang mampu mengubati atau memadam kesedihan serta kesengsaraan ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal MH370 yang kehilangan orang tersayang.

“Rakyat Malaysia akan sentiasa bersama anda dan berkongsi beban kesengsaraan ini. Kami menghormati semua nyawa yang terkorban dan tidak akan pernah melupakan mereka.”

Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 masih menjadi persoalan sehingga kini apabila hilang ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: