Tempatan

Puteri Zaleha Jampi Tolak Banjir, “Janganlah Kau Cemarkan Tempat Sejarah Ini Ya Allah!”

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JUMAAT, 07 Januari 2022 – Lelaki yang popular dikenali sebagai ‘Raja Bomoh’ muncul semula, kali ini bersama seorang rakan paranormalnya, ‘Puteri Zaleha’ dalam sebuah video tular melakukan sebuah ritual yang katanya bagi melindungi rakyat Teluk Intan daripada bencana banjir.

Ritual tersebut ditayangkan kepada masyarakat umum melalui sebuah video berdurasi 25 minit di laman media sosial Facebook.

Raja Bomoh dan Puteri Zaleha dilihat menggunakan bahan-bahan alami seperti bunga, dedaunan, beras dan kunyit disamping naskhah kitab suci al-Quran dan surah Yasin.

Seorang wanita yang turut hadir sama ritual tersebut mendakwa bahawa amalan tersebut berjaya merubah paras air laut di kawasan itu.

“Okay, tadi masa kita datang air pasang sampai sini sekarang air dah surut bila kita buat ritual.”

Dalam ritual tersebut, Puteri Zaleha memuji-muji cara bunga-bunga terapung ditolak arus sungai setelah dilepaskan oleh para pembantu mereka.

“Hanyut elok, hanyut elok, hanyut elok! Tengku Puteri gembira pada hari ini. Nampak hajat kita akan ditunaikan oleh Allah S.W.T.”

Setelah itu, beliau kemudian membaca surah al-Fatihah sebelum melanjutkan bacaan jampi beliau yang berupa sebuah doa.

“Janganlah tenggelamkan teluk ini ya Allah. Aku pohon kepadamu ya Allah, janganlah tenggelamkan, errr, teluk ini ya Allah.”

“Teluk ini kau bagi dengan rintitan, errr rakyat di sini ya Allah mencari makan dan sebagainya ya Allah. Satu tempat yang bersejarah ya Allah. Janganlah kau cemarkan tempat sejarah ini ya Allah.”

Wanita tersebut mendakwa bahawa ritual tersebut dilakukan bagi menyelamatkan Teluk Intan daripada tenggelam, menurut ‘telekan’ beliau.

“Telekan saya menunjukkan Teluk Intan ini akan tenggelam, jadi saya dan sepupu saya berikhtiar berdoa kepada Allah kita buat pelepasan hari ini, supaya air pasang yang akan datang ke teluk ini datang dalam keadaan untuk surut dan terus beredar keluar.”

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) berkata pihak mereka telah membuka kertas siasatan berhubung ritual tolak banjir tersebut.

Ini bukan kali pertama Raja Bomoh muncul menayangkan penglibatan beliau dalam pelbagai ritual menggunakan pelbagai tumbuh-tumbuhan yang dikononnya bagi melindungi negara ini.

Selain ‘meneropong’ kehilangan MH370 dengan buah kelapa dan buluh, beliau juga pernah menggunakan buah kelapa dan buluh bagi melindungi Malaysia daripada ancaman serangan nuklear Korea Utara ekoran kes pembunuhan Kim Jong Nam, abang kepada Pemimpin Agung negara itu.

Leave a Reply

Back to top button