Tempatan

Lorong Kontra-Aliran Bakal Dilaksana Di KL Bermula 3 Julai Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 20 Mei 2023 – Lorong kontra-aliran bakal dilaksana di Kuala Lumpur mulai 3 Julai ini bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, lorong itu akan dilaksanakan di tiga lokasi di mana salah satunya ialah dari Plaza Tol Sungai Besi hingga ke Persimpangan Besraya dalam jarak 2.4 kilometer dan dibuka kepada semua kenderaan persendirian kecuali motosikal.

Lorong kontra-aliran yang sedia ada arah selatan dari Jalan Maharajalela ke Taman Connaught juga akan dilanjutkan pada waktu puncak di sebelah petang sepanjang 4 kilometer.

Malah, lorong kontra-aliran sepanjang 3 kilometer juga akan diwujudkan dari Ampang Point ke Jalan Tun Razak dan ia hanya boleh digunakan oleh pengangkutan awam seperti bas.

BACA JUGA: Libatkan Wanita Dalam Pelbagai Bidang, Termasuk Mitigasi Iklim – Pemangku Raja Pahang

BACA JUGA: Allah Kita Tidak Beranak Dan Tidak Diperanakkan – Kamal Shukri MPM

BACA JUGA: Lapor Pusat Jagaan Tidak Berdaftar Pada JKM – SUHAKAM

Kenderaan persendirian yang melalui lorong itu akan diambil tindakan, tambah beliau yang berkata dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kesesakan Lalu Lintas semalam.

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut memberitahu bahawa lorong-lorong tersebut akan diaktifkan pada waktu puncak iaitu dari enam pagi hingga sembilan pagi dan dari lima petang hingga tujuh malam.

“Garis panduan akan disediakan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) bagi memastikan langkah-langkah ini dapat dilaksanakan dengan cekap.”

“(Lorong akan ditanda dengan) kon yang diletakkan sepanjang laluan. Garis panduan Miros juga berpotensi memastikan pengurangan risiko kemalangan di lorong ini,” katanya.

Mengulas lanjut, sebanyak 2.2 juta kenderaan yang merentasi bandaraya tersebut pada waktu puncak iaitu dari enam pagi hingga sembilan pagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: