Tempatan

Tak Perlu Pamer Cukai Jalan Kenderaan Persendirian Mulai Hari Ini – Anthony Loke

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 10 Februari 2023 – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan rakyat Malaysia tidak perlu mempamerkan cukai jalan kenderaan persendirian di kenderaan masing-masing bermula hari ni.

Menurutnya, ini selaras dengan pelaksanaan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), iaitu cukai jalan dan lesen memandu oleh kementeriannya.

BACA JUGA: Tiada Apa Di Dunia Ini Yang Tiada Ancaman – Hj Aminuddin

BACA JUGA: Dikhuatiri Lemas Dalam Latihan, TLDM Bantu Dalam Operasi SAR

BACA JUGA: Jangan Nafikan Hak Sabah, Sarawak Yang Patut Mereka Terima – Peguam Senior, Haniff Khatri

“Inisiatif ini akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan fasa pertama membabitkan kenderaan persendirian individu, termasuk motosikal (warganegara), mengambil kira kesediaan sistem dan penerimaan awam terhadap pelaksanaannya sebelum kiasan pelaksanaannya ke fasa seterusnya.”

Jelasnya, kini warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam JPJ atau aplikasi telefon pintar MyJPJ yang dilaksanakan di bawah satu projek perintis secara dalaman.

Selaras pengumuman pagi ini, peruntukan bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang mengkehendaki setiap LKM dilekatkan dan dipamerkan pada kenderaan tidak lagi dikuatkuasakan bagi kategori pemilik bawah fasa pertama itu.

Mengulas lanjut, Loke berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memberi fokus kepada pendigitalan sistem bagi menyelesaikan isu orang ramai terpaksa beratur panjang dan menunggu lama di kaunter ketika berurusan.

“Antara agenda utama JPJ tahun ini ialah melaksanakan digitalisasi dalam perkhidmatan teras kepada rakyat seperti pelesenan kenderaan dan pemandu, selain memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang jalan raya.”

“Saya tidak ingin melihat orang ramai beratur panjang di pejabat JPJ dan menyusahkan mereka,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: