Tempatan

Pengangkutan Percuma Untuk OKU & Pelajar Sekolah – Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Januari 2023 – Bermula 15 Februari ini, pelajar sekolah dan orang kurang upaya (OKU) di seluruh negara boleh menaiki perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) secara percuma.

Tawaran percuma itu adalah bagi perkhidmatan tren komuter sektor utara dan Lembah Klang serta perkhidmatan antara bandar bagi laluan Gemas-Tumpat.

Selain itu, tambang percuma itu tidak membabitkan perkhidmatan tren elektrik (ETS).

BACA JUGA: Terima Kasih PM Bagi Angpow Tahun Baru RM40 Juta – Wee Ka Siong

BACA JUGA: Penjara Atau Denda, Guna Jata Persekutuan Tanpa Kebenaran

BACA JUGA: Semakan Undang-Undang Pelawak Crackhouse Comedy Ditolak

Walau bagaimanapun, hanya pelajar sekolah yang berpakaian seragam sekolah berusia sehingga 12 tahun sahaja yang boleh terus menaiki kereta api tanpa membeli tiket.

Ujar Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, kementerian juga akan membincangkan langkah serupa kepada beberapa kumpulan lain seperti pelajar sekolah menengah dan warga emas.

“Secara prinsipnya, kami beri tambang percuma kepada semua pelajar sekolah. Namun, saya akan berbincang dengan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk memberikan manfaat sama kepada pelajar sekolah menengah jika ada peruntukan,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan dilaporkan akan melaksanakan pengangkutan awam percuma kepada orang kelainan upaya (OKU) dan pelajar sekolah.

“Setakat inisiatif Kerajaan, ini meliputi rangkaian KTM dan Prasarana – bas, LRT dan MRT. Itu boleh kita laksanakan tidak lama lagi,” kata Anthony Loke.

Akan tetapi, pengangkutan percuma itu tidak termasuk e-hailing dan teksi persendirian. Hal ini kerana menurut Anthony Loke, “itu di luar kuasa kami”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker