Tempatan

Orang Ramai Diingatkan Waspada Iklan Pelaburan Di Media Sosial

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Jun 2024 – Orang ramai diingatkan untuk berwaspada dan tidak terpedaya dengan pelaburan yang diiklankan di platform media sosial.

“Janganlah percaya pelaburan di media sosial ini terutama yang memaparkan kemewahan melampau, tidak ada jalan mudah untuk mendapatkan wang.”

“Nasihat saya, tolonglah jangan percaya (pelaburan media sosial), sama ada di Facebook, Telegram atau mana-mana media sosial saya berani cakap maaf cakap tidak ada yang betul,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

Beliau berkata demikian selepas selesai Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Sarjan Percubaan Siri 1 1/2023, baru-baru ini.

Pada masa yang sama, beliau turut menasihatkan orang ramai agar melakukan pelaburan menerusi Bursa Malaysia atau mana-mana platform yang diiktiraf.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: