Tempatan

Duit Hilang: Bank Perlu Bertanggungjawab – Kerajaan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2022 – Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah menegaskan bahawa institusi kewangan dan bank perlu bertanggungjawab terhadap kehilangan wang simpanan pelanggan sekiranya ia berpunca akibat kecuaian mereka.

“Kementerian sudah mengarahkan institusi kewangan serta bank untuk melihat semula sekiranya kecuaian itu berlaku disebabkan mereka, maka institusi kewangan serta bank perlu bertanggungjawab,” ujarnya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatagani memorandum persefahaman (MoU) pembangunan Sukan Dron di Medini, semalam.

Mengulas lanjut, Datuk Mohd Shahar berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) sedang memantau isu kehilangan wang simpanan pelanggan yang kini semakin menjadi tumpuan masyarakat.

“BNM memang sedang memantau teliti isu ini. Sudah pasti sesiapa sahaja yang merasa mereka dianiaya, mereka boleh laporkan kepada polis selain bank masing-masing, kerana itu prosedur yang sedia ada digunakan.”

Beberapa hari kebelakangan ini, orang ramai dikejutkan dengan berita-berita mengenai kehilangan wang oleh beberapa individu dari akaun simpanan bank masing-masing.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari pula, dalam isu ini, beliau berpendapat bahawa, “Bank tempatan ‘mungkin bersubahat’ sebab tegak-tegak tak mahu jejak kehilangan duit yang dibuat oleh scammer.”

“Transaksi ini berlaku dengan begitu licik, walau bagaimanapun, sedia maklum, kita tahu apabila sesuatu amaun duit dipindahkan daripada akaun bank mangsa ke akaun bank scammer sepatutnya kita boleh tahu siapa penerima akaun tersebut dan juga kita boleh tahu sama ada penerima akaun tersebut adalah mangsa keldai akaun ataupun memang scammer,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: