Tempatan

Hampir 44 Ribu Scammer Ditangkap, Kerugian Cecah RM2.6 Bilion

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR,30 Jun 2023 – Seramai 43,959 scammer ditangkap dengan jumlah penipuan kerugian jenayah atas talian sebanyak RM2.6 bilion sepanjang tempoh antara tahun 2019 hingga Mei 2023.

Ujar Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, tangkapan itu dibuat hasil siasatan melibatkan 81,692 kes sepanjang tempoh tersebut.

Katanya, daripada jumlah hampir 44 ribu itu, sebanyak 30,065 kes didakwa di Mahkamah atas jenayah yang dilakukan.

“Semua kes ini membabitkan jenayah scam belian dalam talian sebanyak 33,073 kes, pinjaman tidak wujud (20,360 kes), love scam (5,761 kes) dan phone scam (10,925 kes),” memetik laporan akhbar.

BACA JUGA: Hukum Pihak Tidak Sealiran Ideologi, Ancam Keselamatan Negara –JAKIM

BACA JUGA: Isu Sekolah Islam Persendirian: Kerajaan Negeri Akan Bawa Ke MMKN

BACA JUGA: AWAS! Tanah Runtuh Di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

Tambah Ahmad Maslan, “Penipuan pelaburan 10,718 kes, business email compromise 207 kes, tipu menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) adalah 648 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 81,692 kes.”

“Jumlah kerugian scam belian dalam talian RM365 juta, pinjaman tidak wujud RM210 juta, love scam RM268 juta, phone scam RM637 juta, scam pelaburan RM984 juta, business email scam RM134 juta, dan tipu SMS RM7.5 juta.”

Beliau mendedahkan data itu ketika menjawab soalan Senator Mohd. Hatta Ramli di Dewan Negara baru-baru ini.

Mengulas lanjut, bagi membendung jenayah berkenaan, Kerajaan menubuhkan pusat pencegahan jenayah kewangan menerusi talian 997.

Katanya, “Rakyat boleh menelefon 997, nanti akan dijawab dan pemanggil boleh beritahu masalah dan beri segala maklumat yang relevan.”

Selain itu, “Kita juga telah mengambil langkah pencegahan peralihan perantaraan kata laluan, kemudian bank telah mengenalkan kill switch, membolehkan pelanggan membekukan akaun dengan segera,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: