Tempatan

6 Pakar IT Untung RM3 Juta Jual Laman Web Pada Scammer

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 30 September 2022 – Enam suspek yang terdiri daripada pemegang ijazah dalam teknologi maklumat dan pembangunan perisian mengaut keuntungan sehingga RM3 juta dengan menjual laman web kepada kira-kira 100 scammer, lapor sebuah portal berita berbahasa Inggeris tempatan.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, sindiket terbabit disifatkan sebagai ‘berteknologi tinggi’ dan tangkapan seumpama itu merupakan yang pertama di negeri berkenaan.

“Mereka ini mencipta laman web untuk scammer dan digunakan untuk mengumpulkan butiran peribadi orang ramai sebelum menyedut wang daripada akaun mangsa,” katanya.

Laman web berkenaan turut digunakan untuk mendapatkan butiran penting daripada mangsa termasuk butiran akaun bank, kata laluan dan juga nombor kod kebenaran transaksi (TAC).

Tambah beliau, kira-kira 100 laman web telah dijual oleh sindiket terbabit dan setiap laman web tersebut akan dijual pada harga RM30,000.

Difahamkan bahawa laman web tersebut akan menawarkan pelbagai ‘perkhidmatan’ untuk menarik mangsa supaya mengklik pada pautan yang kemudiannya akan mencuri maklumat peribadi mangsa.

Walau bagaimanapun, nilai kerugian serta gerangan 100 pelanggan terbabit masih dalam siasatan.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengatakan bahawa keupayaan scammer dalam mengeksploitasi perubahan teknologi dan memerangkap mangsa dengan taktik baharu menyumbang kepada peningkatan lebih 50 peratus jenayah siber sejak dua tahun lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: