Tempatan

Rakyat Malaysia Dijadikan Hamba Pemerdagangan Manusia Di Filipina

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERAK, 28 Oktober 2022 – Seorang rakyat Malaysia telah dikurung hampir setahun dipercayai menjadi hamba pemerdagangan manusia di Manila, Filipina sejak November tahun lalu.

Menceritakan kisah malang yang terjadi kepada mangsa terbabit ialah ibunya, Vong Foong Thai, 61 tahun, seorang tukang jahit, berkata, anak lelakinya, Choong Chin Yee, 24 tahun, pada mulanya mengambil keputusan untuk bekerja dalam bidang perkomputeran di sana susulan ketiadaan kerja selepas pandemik COVID-19 melanda.

Choong Chin Yee memutuskan untuk berhijrah ke Filipina selepas ditawarkan gaji lumayan sebanyak RM8,000 oleh rakannya di sana, kongsi ibunya.

Walau bagaimanapun, setibanya di sana, pasport mangsa telah dirampas dan telefon bimbitnya diperiksa secara berkala bagi memastikan anak lelakinya itu tidak menceritakan keadaan sebenar kepada ahli keluarga,” ujar ibu mangsa.

Tambah Vong Foong Thai, anak sulungnya mula menyedari bahawa dia ditugaskan melakukan penipuan tawaran kerja kepada rakyat Malaysia yang kononnya menawarkan gaji lebih RM9,000, tetapi mangsa menolak untuk melakukan pekerjaan tersebut.

“Pada 27 Julai lepas, saya telah diugut oleh seorang lelaki melalui pesanan suara daripada aplikasi WeChat menyatakan saya perlu membayar sejumlah wang tebusan sebanyak RM100,000 bagi melepaskan anak saya pulang,” demikian perkembangan terbaru yang diceritakan oleh ibu kepada mangsa yang masih terperangkap di Filipina.

Menurut kenyataan Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkenaan situasi mangsa-mangsa yang diperdayakan tawaran kerja palsu di Laos dan Myanmar adalah agak komplek sedikit.

Ini kerana menurut beliau, situasi di Myanmar dan Laos ini malangnya kedutaan Malaysia di sana tidak mendapat kerjasama daripada kerajaan Laos dan kerajaan Myanmar yang menyebabkan rakyat Malaysia masih ramai lagi yang terperangkap, dikurung, diseksa, dipaksa menjadi hamba abdi, dipaksa menjadi scammer dan kalau mereka gagal menipu orang, mereka akan dipukul dan jika tidak sampai target mereka akan dikenakan renjatan elektrik dan kalau mereka gagal mencapai target tertentu mereka akan dijual kepada agen lain.

“Jadi, ramailah yang masih berada di Laos dan juga Myanmar,” jelas Datuk Hishamuddin Hashim.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: