Tempatan

Bank Negara Perkenal Ciri-Ciri Keselamatan Yang Lebih Ketat Untuk Banteras Scammers

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 September 2022 – Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan bahawa pihaknya telah memperketatkan ciri-ciri keselamatan dalam menangani isu kaedah terbaharu yang digunakan oleh penipu kewangan.

Pengumuman yang dibuat pada Isnin lalu turut memaklumkan tentang kaedah baharu yang diguna pakai dalam usaha menangani isu penipuan kewangan termasuklah menukar sistem SMS One Time Passwords (OTP) kepada beberapa bentuk pengesahan bagi aktiviti dalam talian atas beberapa bentuk transaksi yang berkaitan dengan pembukaan akaun baharu, pemindahan dana, perubahan maklumat peribadi, pembayaran serta tatapan alatan.

Tempoh ‘Cool-off’ bagi pendaftaran pertama untuk perkhidmatan perbankan dalam talian juga akan diperkenalkan, selain daripada tindak balas penipuan dan pengesanan yang telah dikemas kini. Selain itu, ‘interface’ bagi Pertukaran Proses Kewangan (FPX) juga diseragamkan serta proses verifikasi yang lebih ketat juga akan diguna pakai.

Jika pengguna ingin menggantung akaun mereka apabila mereka mengesyaki bahawa adanya pencerobohan terhadap akaun tersebut, bank-bank hendaklah menyediakan kaedah yang memudahkan para pelanggan mereka bagi tujuan penggantungan akaun serta menyediakan pilihan bagi menghidupkan kembali akaun mereka jika ianya telah didapati selamat.

Selain itu, bank-bank juga turut dikehendaki untuk membina talian ‘hotline’ mereka sendiri bagi tujuan laporan insiden penipuan kewangan, serta untuk menyebarluaskan kesedaran mengenai cara penipuan terkini supaya orang awam akan lebih berhati-hati dalam menjaga maklumat peribadi mereka.

Namun, Gabenor BNM mengakui bahawa kaedah yang lebih ketat dalam memastikan keselamatan perbankan dalam talian untuk menghalang penipuan kewangan akan menyebabkan para pelanggan merasa lebih susah dalam membuat sebarang aktiviti yang berkaitan.

Pelbagai kaedah telah digunakan untuk menangani isu penipuan kewangan terutamanya sejak 2019. Sejak tahun 2020 hingga Mei tahun ini, sebanyak 71,833 kes penipuan telah dilaporkan yang mana anggaran kerugian adalah lebih dari RM5.2 billion.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: