Tempatan

Bukan Tanggungjawab Polis Bantu Mangsa Scammer Dapatkan Semula Wang – Polis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 09 Jun 2022 – Bukan tanggungjawab polis untuk membantu mangsa penipuan mendapatkan semula wang mereka, kata seorang Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial daerah menurut laporan FMT.

“Saya faham mangsa mahu wang mereka dikembalikan. Kalau saya jadi mangsa, saya pun begitu, tetapi kita kena ikut undang-undang.”

“Tugas polis adalah untuk menahan, menyiasat dan mendakwa suspek selepas menerima arahan daripada timbalan pendakwa raya. Polis tidak boleh bertindak sendiri,” ujar pegawai polis yang enggan namanya didedahkan itu.

BACA: Pelampau Hindu Demonstrasi Desak Tangkap Ulama Pertahan Nabi Dari Dihina

BACA: Haramain: Imam Masjidil Haram Kutuk Dan Kecam Jurucakap BJP Kerana Hina Nabi Muhammad

BACA: Disangka Sedang Sembelih Lembu, Lelaki Muslim Diserang 5 Polis India

Tegasnya lagi, undang-undang sedia ada tidak memberi kuasa kepada polis untuk berbuat demikian.

Bukan itu sahaja, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial daerah itu turut menyatakan bahawa orang awam juga sering keliru antara “keldai akaun” dan “scammer”.

“‘Scammer’ bukanlah bodoh dan tidak akan guna akaun bank sendiri. Ini bererti apabila seorang suspek ditahan, ‘scammer’ berkenaan mungkin masih bebas.”

Tinjauan samudera.my di laman media sosial mendapati kebanyakan warganet tidak dapat menerima kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai polis tersebut.

“Kalau macam ni lah jawapan polis, senyum lebarlah scammer…patutlah kes scammer ni makin menjadi-jadi…,” kata seorang pengguna Facebook.

WhatsApp-Image-2022-06-09-at-12.00.24-PM.jpeg?resize=479%2C72&is-pending-load=1#038;ssl=1

“Jadi rakyat terpaksa buat geng sendiri untuk cari scammers…bila dah jumpa harap pihak PDRM masuk campur…itu bukan tugas mereka…rakyat selesaikan dengan scammer dengan cara rakyat sendiri…,” kata seorang lagi warganet.

WhatsApp-Image-2022-06-09-at-12.00.25-PM.jpeg?resize=478%2C86&is-pending-load=1#038;ssl=1

Bagi Choo Eng Hong, seorang lagi pengguna media sosial, undang-undang perlu dibaiki agar sindiket tidak dapat mengambil kesempatan atas kelemahan undang-undang.

Beliau juga turut menegur ahli-ahli politik untuk turut terlibat sama dalam memantapkan lagi sistem undang-undang, bukannya sibuk merebut jawatan.

“Itulah kekurangan pada undang-undang itu, ia perlu dibaiki untuk membolehkan tindakan siasat oleh polis. Kalau tidak sindiket akan mengambil kelemahan sistem undang-undang dan menipu secara berleluasa. Ahli-ahli politik kena fokus perkara itu bukan saja berpolitik merebut jawatan PM, menteri dan Pengerusi GLC.”

WhatsApp-Image-2022-06-09-at-12.00.25-PM-1.jpeg?resize=493%2C97&is-pending-load=1#038;ssl=1

Terdahulu, portal FMT melaporkan mengenai seorang mangsa scammer yang berjaya mendapatkan semula wangnya dengan cara menjejak pemilik akaun bank syarikat scammer itu menerusi laman Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Shahrul Ashraf Sallehuddin, mangsa penipuan, sebelum itu telah membuat laporan polis namun tidak berhasil mengesan scammer itu.

“Polis memberitahu saya, kalau kena scam macam ni, memang tuan (Shahrul) tidak akan dapat balik duit, sebab tidak ada tindakan selanjutnya (dari polis) melainkan tuan ke tribunal. Itu sahaja,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: