Tempatan

Kerakyatan Automatik Hanya Melalui Bapa Warga Malaysia Wujudkan Diskriminasi Jantina

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 09 Ogos 2022 – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warga Malaysia patut diberikan hak yang sama rata seperti anak dilahirkan di luar negara oleh ayah warga negara ini.

Tegasnya, tafsiran undang-undang sedia ada secara tidak langsung telah mewujudkan diskriminasi jantina dan bertentangan dengan hak kesamarataan di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan apabila tidak membenarkan kanak-kanak terlibat tidak layak mendapat kewarganegaraan Malaysia secara automatik.

“Perkara ini penting kerana apa bezanya antara lelaki dan wanita apabila undang-undang sedia ada dibenarkan untuk kelahiran anak kepada bapa warga Malaysia yang beristerikan wanita asing di luar negara dan tidak pula kepada wanita warga negara ini.”

“Seorang anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu yang warganegara Malaysia patut diberikan hak sama rata seperti anak yang dilahirkan di luar negara oleh ayah yang warganegara Malaysia.”

Namun jelasnya, proses pindaan Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan tidak seperti undang-undang Anti Lompat Parti yang hanya memerlukan sokongan dua pertiga anggota Dewan Rakyat sebaliknya memerlukan kelulusan Majlis Raja-Raja kerana melibatkan aspek kewarganegaraan.

Sebelum ini Mahkamah Rayuan memutuskan kanak-kanak yang lahir di luar negara oleh ibu warga Malaysia yang bersuamikan warga asing tidak layak mendapat kewarganegaraan negara ini secara automatik.

Keputusan tersebut diambil setelah majoriti sebulat suara bahawa istilah “bapa” dalam Jadual Kedua Bahagian 11 Perlembagaan Persekutuan bermakna bapa kandung dan ia tidak boleh diperluaskan kepada ibu atau ibu bapa.

Katanya, keputusan juga diambil mengikut prinsip undang-undang dalam keputusan Mahkamah Persekutuan tahun lalu dan sebarang pindaan Perlembagaan terpulang kepada Parlimen bukannya mahkamah.

Penghakiman itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang dibuat secara keputusan 2-1 apabila Hakim Datuk Seri Kamaludin Md. Said yang mengetuai panel Mahkamah Rayuan bersama-sama Hakim Datuk Azizah Nawawi menyokong keputusan tersebut dan Hakim Datuk S. Nantha Balan menentang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: