Tempatan

Kewarganegaraan Anak: Mahkamah Tinggi KL Terkhilaf – Hakim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Ogos 2022 – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tahun lalu terkhilaf apabila mentafsir perkataan ‘bapa’ dalam Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan – dibaca bersama Jadual Kedua Perlembagaan – sebagai juga termasuk ‘ibu’, kata Hakim Mahkamah Rayuan, YA Datuk Seri Kamaludin bin Md. Said, lapor sebuah portal.

Kenyataan ini dikeluarkan dalam alasan penghakiman di mana keputusan majoriti diputuskan oleh Mahkamah Rayuan (2-1) Jumaat lalu yang menafikan kewarganegaraan kepada anak-anak kelahiran luar negara oleh ibu berwarganegara Malaysia dan bapa berwarganegara asing.

Ujarnya, hanya anak kepada bapa yang berwarganegara Malaysia yang dilahirkan di luar negara layak mendapat kewarganegaraan mengikut undang-undang.

Peruntukan dalam Bahagian II Jadual Kedua menyebut mengenai kanak-kanak yang menjadi warganegara secara automatik termasuk mereka yang bapanya pada masa kelahiran itu ialah seorang warganegara dan juga telah lahir di dalam Persekutuan atau pada masa kelahiran itu berada dalam perkhidmatan di bawah Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri.

Dalam laporan berlainan, Dewan Negara dimaklumkan akan membahaskan usul kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia pada petang semalam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: