Tempatan

Aktivis Sarawak Persoal Status Isteri Gabenor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUCHING, 11 Julai 2023 – Aktivis hak asasi manusia tempatan, Peter John Jaban menempelak sekatan suara yang dikenakan ketika membahaskan secara terbuka status dan kedudukan anak negeri Toh Puan Ragad Kurdi, isteri kepada Gabenor Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Jaban dengan tegasnya berkata, perbahasan itu dimulakan bukan untuk melanggar privasi Ragad, namun hanya mahukan penjelasan.

BACA JUGA: Dua Lelaki Maut Dihanyut Arus Deras Ketika Mencari Kepah

BACA JUGA: Tukar Tanah Wakaf Jadi TRM Bertentangan Dengan Perlembagaan – Datuk Seri Hishamuddin

BACA JUGA: Air Bersih: Penyahgaraman Air Laut Adalah Pilihan Terakhir – SPAN

Menurutnya, rakyat Sarawak mempunyai hak untuk membahaskan status dan kedudukannya serta menuntut siasatan sewajarnya terhadap proses bagaimana Ragad diberikan kad pengenalan dan kewarganegaraan Malaysia.

Katanya, maklumat mengenai Ragad dan tokoh awam lain memang sudah tersedia dalam domain awam serta subjek beberapa laporan berita.

“Malah, ia disenaraikan secara terbuka pada cabutan hak milik, yang boleh dibeli di pejabat Pendaftaran Tanah dengan bayaran yang rendah,” katanya dalam satu kenyataan ketika menjawab laporan polis yang dibuat oleh pegawai Astana Negeri mengenai siaran butiran peribadi Ragad di media sosial.

Tambahnya lagi, nombor kad pengenalan Ragad juga diterbitkan secara terbuka dalam warta kerajaan Sarawak, dan tempat tinggalnya juga diketahui umum.

Sebelum ini, Jaban mempersoalkan bagaimana wanita kelahiran Syria itu boleh dianugerahkan status anak negeri yang ditujukan kepada rakyat Sarawak kelahiran tempatan dan yang memberikan mereka hak istimewa, termasuk pemilikan tanah.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat oleh seorang pegawai Astana Negeri, atas sebab menyiarkan kandungan menghasut dan fitnah terhadap Ragad di media sosial.

Pegawai Astana Negeri itu berkata siaran itu dianggap melanggar privasi, hak peribadi serta Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, kerana mengeluarkan imej kad pengenalan Ragad.

Pegawai itu juga mendakwa bahawa siaran itu mempunyai kecenderungan untuk menimbulkan kebencian terhadap ketua negara dengan menyerang isterinya, yang telah diberikan status anak negeri secara sah melalui perkahwinannya dengan Taib.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: