Pendapat

Persoalkan Kedudukan Istimewa Orang Melayu, MP PKR Wajib Diambil Tindakan – Dr Kamarul Yusoff

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Ahli Parlimen Kinabalu, Mark Koding, telah dihukum oleh Mahkamah Persekutuan kerana ucapan beliau di Parlimen pada 11 Oktober 1978 yang menganjurkan supaya Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan (mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan) dirombak.

Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan pada waktu itu tegas memutuskan bahawa “pengharaman ke atas mempersoalkan kewujudan Perkara-Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan telah dijadikan mutlak oleh perenggan (c) seksyen 3(2) Akta Hasutan”.

Di dalam erti kata lain, tiada sesiapa pun, walaupun beliau adalah seorang Ahli Parlimen sekalipun, yang mempunyai imuniti untuk mempertikaikan kandungan Perkara-Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan di mana-mana sahaja, walau di dalam Parlimen sekalipun.

Malangnya, pada 10 November lalu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, seorang peguam dari PKR, masih lagi berani menyebut di Parlimen bahawa “Sudah sampai masanya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan (mengenai kedudukan istimewa orang Melayu) dikaji semula”.

Maka bila Mark Koding dihukum oleh mahkamah kerana berucap di Parlimen mempersoalkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan tiada sebab mengapa Hassan Abdul Karim tidak boleh dihukum oleh mahkamah kerana berucap di Parlimen mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Dr Kamarul Zaman Yusoff

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my*

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: